Trigana Air TGN267: Perkara yang diketahui setakat ini

Madiha Abdullah
Ogos 16, 2015 11:43 MYT
Pesawat ATR 42 itu dipercayai tidak memiliki transponder ADS-B yang akan menyukarkan kerja-kerja mengesan. - www.trigana-air.com
Sebuah pesawat domestik Indonesia, Trigana Air penerbangan TGN267 dengan 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.
Mari kita lihat apa yang diketahui setakat ini:
1. Daripada 54 penumpang, 44 adalah orang dewasa, dua kanak-kanak, tiga bayi dan lima krew.

Trigana flight #TGN267 was carrying 44 adults, 2 children, 3 toddlers and 5 crew when it went missing. http://t.co/vDRAjqhaIr #9News

— Nine News Australia (@9NewsAUS) August 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
2. Ketika hilang ia sedang dalam perjalanan dari Sentani ke Oksibil. Masa perjalanan sepatutnya hanya mengambil 50 minit.
3. Pihak berkuasa percaya faktor cuaca yang buruk menjadi sebab mengapa pesawat itu gagal dikesan.
4. Pesawat berlepas pada jam 2.22 petang waktu tempatan.
5. Terputus hubungan dengan menara pusat kawalan trafik udara pada jam 2.55 petang.

Flight #TGN267 carryg 54 missing over Papua at 2.55pm (local time). 2 rescue teams to be sent tmr due to bad weather http://t.co/NHO1ao36pR

— TODAY (@TODAYonline) August 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
6. Membawa muatan bagasi seberat 533kg.
7. Pesawat tersebut berusia 25 tahun dan tidak dilengkapi dengan transponder Automatic Dependent Surveillance-broadcast (ADS-B) yang dijangka akan menyukarkan operasi mengesan pesawat tersebut.

Indonesia: The TGN267 Turboprop plane is around 25 years old and is not equipped with ADS-B flight transponders -

— Florian Witulski (@vaitor) August 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
8. Operasi mengesan pesawat itu ditangguhkan ke pagi Isnin jam 6 waktu tempatan kerana hari semakin gelap.
9. Maklumat daripada orang awam memberitahu terdengar bunyi pesawat terbang rendah di kawasan Pegunungan Bintang di wilayah Papua. Pihak berkuasa sedang menyiasat maklumat tersebut.
10. Trigana Air merupakan salah satu penerbangan dalam senarai hitam Kesatuan Eropah sejak tahun 2007.
#nahas udara #pesawat #Trigana Air