awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trofi Golden Globe dan koleksi peribadi Robin Williams akan dilelong

Agensi
Agensi
12/09/2018
23:30 MYT
Trofi Golden Globe dan koleksi peribadi Robin Williams akan dilelong
Semua barangan itu, termasuk koleksi karya seni daripada seniman Banksy dan Shephard Fairey, dikumpul oleh Williams dan isterinya Marsha Garces Williams selama 20 tahun. - Twitter/@mariamuser
Empat trofi Golden Globe yang dimenangi mendiang Robin Williams akan dilelong bulan depan, bersama-sama koleksi barangan filem, jam tangan , permainan dan karya seni aktor tersebut.
Sebilah pisau yang digunakan aktor tersebut dalam filem Hook pada tahun 1991, dan sehelai baju-T dengan kuasa bateri yang dipakai pada majlis Anugerah Academy pada tahun 2000, juga antara barangan yang akan dilelong di Sotheby’s di New York pada 4 Oktober nanti.
“Kami sangat teruja mengenai jam tangan yang dipakai Robin Williams dalam filem Dead Poets Society," ujar Naib Presiden Sotheby’s, Nina del Rio.
Jam tangan Hamilton bersadur emas, dengan ukiran khas itu dijangka mampu mencapai harga lelongan sehingga AS$2,000.
Semua barangan itu, termasuk koleksi karya seni daripada seniman Banksy dan Shephard Fairey, dikumpul oleh Williams dan isterinya Marsha Garces Williams selama 20 tahun.
Williams meninggal dunia selepas membunuh diri pada tahun 2014 pada usia 63 tahun.
BACA: Robin Williams mati gantung diri dengan tali pinggang
Topic Berkaitan
#Hollywood
#koleksi peribadi
#robin williams
#selebriti
#trofi golden globe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan