DUNIA
Trump akan jalani pemeriksaan perubatan pada Jumaat - Setiausaha Akhbar
Trump telah lulus pemeriksaan fizikal tahunan beliau pada April. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menjalani pemeriksaan tahunan rutin di Pusat Perubatan Walter Reed di Maryland pada Jumaat, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
"Pada pagi Jumaat, Presiden Trump akan melawat Pusat Perubatan Walter Reed untuk perjumpaan dan sesi ucapan yang dirancang bersama anggota tentera. Semasa di sana, Presiden Trump akan singgah untuk pemeriksaan tahunan rutin beliau," kata Leavitt dalam satu kenyataan.
Menurut Leavitt, selepas itu, Trump akan kembali ke Rumah Putih. Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk ke Timur Tengah sejurus selepas itu.
Trump telah lulus pemeriksaan fizikal tahunan beliau pada April.
Doktor-doktor beliau berkata keadaan kesihatannya sangat baik. Namun begitu, timbul sedikit kebimbangan berikutan kesan lebam yang kelihatan pada bahagian belakang tangannya baru-baru ini.
Kemudian, wartawan terkenal Seymour Hersh melaporkan bahawa pentadbiran presiden dikatakan bimbang terhadap fungsi kognitif Trump.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan rutin di Pusat Perubatan Walter Reed pada hari Jumaat, selain menghadiri sesi bersama anggota tentera.
- Walaupun pemeriksaan fizikal terdahulu menunjukkan kesihatan Trump sangat baik, timbul kebimbangan berikutan kesan lebam pada tangan dan laporan mengenai kemungkinan isu fungsi kognitif.
- Selepas pemeriksaan, Trump dijadual kembali ke Rumah Putih dan sedang mempertimbangkan lawatan ke Timur Tengah dalam masa terdekat.