awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump akan sekali lagi mohon mahkamah tolak keputusan pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2020
23:31 MYT
Trump akan sekali lagi mohon mahkamah tolak keputusan pilihan raya
Trump telah membuat tuntutan yang tidak berasas mengenai penipuan pilihan raya tetapi gagal untuk membatalkan kemenangan Biden. - AP Newsroom
WASHINGTON:Kempen Presiden Donald Trump akan sekali lagi meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk membatalkan keputusan pilihan raya 3 November lepas yang memihak kepada Calon Demokrat, Joe Biden.
Perkara itu dilihat usaha Trump untuk menimbulkan keraguan terhadap kesahihan kemenangan Biden.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kempen itu, peguam Trump, Rudy Giuliani berkata pihaknya telah memfailkan petisyen meminta mahkamah tinggi membatalkan tiga keputusan oleh Mahkamah Negeri Pennsylvania berkenaan undi pos negeri itu.
Giuliani berkata pihaknya meminta semua penyelesaian yang sesuai, termasuk perintah yang membolehkan badan perundangan memberikan 20 undi elektoral pilihan raya kepada Trump.
Biden memenangi negeri itu dengan lebih daripada 80,000 undi.
Mahkamah Agung pada 11 Disember menolak tuntutan yang difailkan oleh Texas yang disokong oleh Trump untuk menolak keputusan pengundian di empat negeri, termasuk Pennsylvania, yang memihak kepada Biden.
Beberapa senator kanan dari Parti Republik AS, termasuk Ketua Majoriti Senat, Mitch Mcconnell, telah mengakui Biden sebagai presiden terpilih negara itu setelah Electoral College mengesahkan kemenangannya dan telah menolak idea untuk membatalkan Pilihan Raya Presiden 2020 di Kongres.
Seorang calon memerlukan 270 undi kolej pemilihan untuk memenangi White House.
Biden memperoleh 306 undi berbanding Trump 232.
Kongres akan mengira undi elektoral pada 6 Januari dan Biden akan memegang jawatan pada 20 Januari.
Trump telah membuat tuntutan yang tidak berasas mengenai penipuan pilihan raya tetapi gagal untuk membatalkan kemenangan Biden.
Trump mencabar keputusan mahkamah di beberapa negeri, sambil memberi tekanan kepada pegawai negeri, penggubal undang-undang dan gabenor untuk menolak keputusan dan hanya menyatakan Trump sebagai pemenang.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#AS
#White House
#pilihan raya
#calon
#Joe Biden
#Mahkamah Tinggi
#batal keputusan pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan