[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Trump ampunkan hampir 1,500 defendan serangan 6 Jan ke atas Capitol AS

Bernama 21/01/2025 | 04:45 MYT
Trump mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua, menjanjikan perubahan besar dalam pentadbiran AS. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk memberikan pengampunan kepada mereka yang didakwa atas serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021, lapor Agensi Anadolu.
"Saya percaya perintah ini akan memberi kesan kepada kira-kira 1,500 orang," kata Trump di Pejabat Oval.
Trump mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua, menjanjikan perubahan besar dalam pentadbiran AS yang dijangka mencetuskan impak besar kepada masyarakat Amerika dan dunia.
-- BERNAMA
#Donald Trump #pengampunan #Presiden Amerika Syrikat #serangan ke atas Capitol #Rumah Putih