DUNIA
Trump ancam kenakan tarif tambahan 100 peratus terhadap China
Trump turut mengugut untuk menarik diri daripada pertemuan yang dijadualkan bersama Xi Jinping, namun kemudian menjelaskan beliau belum membatalkannya, sambil menambah, “saya sendiri tidak pasti sama ada pertemuan itu akan diadakan.”
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 100 peratus terhadap semua barangan import dari China mulai bulan depan.
Dalam satu hantaran di media sosial, Trump turut memaklumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan kawalan eksport terhadap perisian kritikal.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau menuduh Beijing “menjadi semakin bermusuhan” susulan langkah China memperketat peraturan eksport nadir bumi minggu ini, sambil mendakwa, negara itu cuba “menawan dunia” melalui kawalan terhadap bahan penting tersebut.
Trump turut mengugut untuk menarik diri daripada pertemuan yang dijadualkan bersama Presiden China, Xi Jinping, namun kemudian menjelaskan beliau belum membatalkannya, sambil menambah, “saya sendiri tidak pasti sama ada pertemuan itu akan diadakan.”
“Saya akan tetap hadir, apa pun yang berlaku,” katanya kepada wartawan di White House pada Jumaat.
Pasaran saham Amerika menjunam susulan kenyataan itu, dengan indeks S&P 500 ditutup susut 2.7 peratus — kejatuhan harian paling besar sejak April lalu.
China perketat eksport nadir bumi, buka siasatan ke atas Qualcomm
China menguasai sebahagian besar pengeluaran nadir bumi serta bahan penting lain yang digunakan dalam kenderaan, telefon pintar dan pelbagai barangan elektronik.
Tindakan Beijing memperketat eksport nadir bumi kali terakhir – selepas Trump menaikkan tarif terhadap barangan China awal tahun ini – telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan syarikat Amerika.
Ketika itu, beberapa syarikat termasuk pengeluar kereta Ford terpaksa menghentikan sementara pengeluaran.
Selain langkah terbaharu itu, China turut membuka siasatan monopoli terhadap syarikat teknologi AS, Qualcomm, yang berpotensi menggagalkan pengambilalihan sebuah syarikat cip lain.
Walaupun berpangkalan di Amerika, sebahagian besar perniagaan Qualcomm bergantung kepada pasaran China.
Beijing juga mengumumkan akan mengenakan caj pelabuhan baharu ke atas kapal yang mempunyai kaitan dengan AS, termasuk kapal milik atau dikendalikan oleh syarikat Amerika.
“Banyak perkara pelik sedang berlaku di China! Mereka semakin bersikap bermusuhan,” tulis Trump dalam satu lagi hantaran di media sosial.
Ketegangan perdagangan kembali meningkat
Hubungan perdagangan antara Washington dan Beijing berada dalam fasa gencatan rapuh sejak Mei lalu, selepas kedua-dua negara bersetuju menamatkan tarif tiga digit yang hampir melumpuhkan dagangan dua hala.
Namun begitu, barangan China masih dikenakan tarif tambahan 30 peratus berbanding awal tahun, manakala produk Amerika yang memasuki pasaran China dikenakan tarif baharu 10 peratus.
Sejak itu, kedua-dua pihak telah mengadakan beberapa siri rundingan membincangkan isu termasuk aplikasi TikTok, pembelian hasil pertanian, serta dagangan nadir bumi dan teknologi canggih seperti semikonduktor.
Pertemuan seterusnya dijangka berlangsung bulan ini di Korea Selatan.
China cuba kuasai rundingan baharu
Pakar China di Brookings Institution, Jonathan Czin berkata, langkah Xi Jinping memperketat peraturan eksport nadir bumi adalah strategi untuk mempengaruhi rundingan akan datang.
“Xi sedang mencari jalan untuk menguasai semula momentum,” katanya.
“Pentadbiran Trump kini terpaksa berdepan isu-isu ini satu demi satu.”
Beliau menambah, China tidak bimbang dengan tindak balas Amerika, berdasarkan pengalaman lalu yang menunjukkan Beijing lebih tahan terhadap tekanan tarif.
“Bagi mereka, AS akhirnya mengalah,” katanya.
Dalam rundingan terdahulu, China pernah menuntut kelonggaran terhadap sekatan eksport semikonduktor dari AS serta dasar tarif yang lebih stabil bagi memudahkan perdagangan.
Xi sebelum ini menggunakan penguasaan China dalam pengeluaran nadir bumi sebagai alat rundingan.
Namun kali ini, peraturan baharu Beijing mensasarkan pengeluar pertahanan luar negara - menjadikannya lebih serius, kata Gracelin Baskaran, Pengarah Program Keselamatan Mineral Kritikal di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) berpangkalan di Washington.
“Tiada apa yang mendorong Amerika bertindak pantas selain jika kepentingan industri pertahanannya disentuh,” katanya.
“AS perlu berunding kerana pilihan mereka amat terhad, dan dalam era ketegangan geopolitik yang meningkat, mereka perlu memperkukuh asas industri pertahanan.”
Walaupun pertemuan Trump-Xi kini kelihatan semakin mustahil, Baskaran menjelaskan, masih ada ruang untuk rundingan.
“Peraturan baharu China hanya berkuat kuasa pada Disember. Jadi, rundingan dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Siapa yang mengetuai dan di mana ia diadakan - itu akan ditentukan kemudian,” katanya. - Agensi