awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump anjur buka puasa di Rumah Putih, ucap terima kasih kepada Muslim Amerika atas sokongan pilihan raya

Bernama
Bernama
28/03/2025
04:28 MYT
Trump anjur buka puasa di Rumah Putih, ucap terima kasih kepada Muslim Amerika atas sokongan pilihan raya
Trump berkata komuniti Muslim "bersama kami pada November," merujuk kepada pilihan raya tahun lepas, dan berjanji untuk "bersama anda" sebagai balasan. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengucapkan terima kasih kepada "ratusan ribu" Muslim Amerika yang menyokongnya dalam Pilihan Raya Presiden 2024 ketika beliau menganjurkan majlis iftar Ramadan pertama di Rumah Putih bagi penggal keduanya.
Trump berkata komuniti Muslim "bersama kami pada November," merujuk kepada pilihan raya tahun lepas, dan berjanji untuk "bersama anda" sebagai balasan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Ketika kita menghormati bulan suci Ramadan, izinkan saya mulakan dengan menyampaikan ucapan kepada sahabat Muslim kita - ramai yang hadir malam ini, dan saya fikir kita mempunyai ramai lagi di seluruh dunia, berdasarkan keputusan di Michigan dan tempat lain.
"Saya hanya mahu menyapa semua yang telah menyokong kami dengan begitu kuat. Ramadan Mubarak," katanya ketika berucap di "State Dining Room".
"Kami menunaikan janji kami kepada komuniti Muslim. Pentadbiran saya giat menjalankan diplomasi bagi membentuk keamanan berkekalan di Timur Tengah, berasaskan Perjanjian Abraham yang bersejarah - yang sebelum ini dianggap mustahil - dan kini kita mula mengembangkannya," tambahnya.
Trump merujuk kepada siri perjanjian yang dimeterai semasa penggal pertamanya yang menormalkan hubungan antara Israel dan beberapa negara majoriti Muslim.
Jumlah pengundi Muslim Amerika yang menyokong Trump dalam Pilihan Raya 2024 mencatat rekod tertinggi, menandakan perubahan ketara daripada kebiasaan sokongan komuniti itu kepada Parti Demokrat.
Peralihan itu didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap sokongan bekas Presiden Joe Biden terhadap serangan Israel di Gaza.
Semasa kempen, Trump berulang kali berjanji untuk menamatkan konflik itu , dan satu gencatan senjata dicapai sejurus sebelum beliau kembali ke pejabat pada Januari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#iftar
#Muslim Amerika
#sokongan pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan