awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump anjur 'pesta kemenangan' di DC sehari sebelum majlis pelantikan

Bernama
Bernama
03/01/2025
07:54 MYT
Trump anjur 'pesta kemenangan' di DC sehari sebelum majlis pelantikan
Pelantikan kedua Trump dijadualkan pada 20 Jan, namun beliau telah merancang perhimpunan pada 19 Jan di Capital One Arena di ibu negara. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden terpilih Donald Trump dan ribuan penyokongnya akan berkumpul di Washington, D.C., sehari sebelum majlis pelantikan yang akan datang, lapor United Press International (UPI).
Pelantikan kedua Trump dijadualkan pada 20 Jan, namun beliau telah merancang perhimpunan pada 19 Jan di Capital One Arena di ibu negara.
Trump menyifatkan acara itu sebagai "pesta kemenangan" yang dijadualkan bermula pada 3 petang dan akan menjadi acara awam pertama beliau selepas kemenangan dalam pilihan raya umum pada 5 Nov lalu menewaskan Naib Presiden Kamala Harris.
Namun, acara ini bukan penampilan awam pertama beliau. Pada 22 Dis, Trump berucap kepada penonton semasa acara di Arizona yang dianjurkan oleh Turning Point USA.
Mereka yang ingin menghadiri perhimpunan itu boleh mendaftar untuk satu atau dua tiket atas dasar siapa cepat dia dapat di laman sesawang pelantikan Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pesta kemenangan
#perhimpunan
#DC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan