Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
DUNIA

Trump arah bayar gaji tentera ketika kerajaan AS masih ditutup

Astro Awani 12/10/2025 | 03:40 MYT
Trump arahkan Setiausaha Pertahanan guna semua dana tersedia untuk pastikan gaji tentera dibayar pada 15 Oktober walaupun kerajaan AS ditutup sejak 1 Oktober. -Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, supaya menggunakan semua dana sedia ada bagi memastikan anggota tentera menerima gaji pada 15 Oktober ini, meskipun kerajaan persekutuan sedang mengalami penutupan operasi sejak 1 Oktober lalu.


Ringkasan AI
  • Trump arahkan Setiausaha Pertahanan guna semua dana tersedia untuk pastikan gaji tentera dibayar pada 15 Oktober walaupun kerajaan AS ditutup sejak 1 Oktober
  • Arahan diumumkan di Truth Social sebagai respons terhadap kebuntuan politik antara Republikan dan Demokrat mengenai pelan perbelanjaan negara
  • Tiada arahan serupa untuk kakitangan awam persekutuan yang kini berdepan pemotongan gaji dan penggantungan kerja sementara


Arahan itu diumumkan menerusi platform Truth Social dengan Trump menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan anggota tentera tidak menerima gaji yang sepatutnya akibat kebuntuan politik di antara Parti Republikan dan Demokrat berhubung pelan perbelanjaan negara.


Langkah itu dilihat sebagai usaha mengurangkan tekanan terhadap Kongres yang masih gagal mencapai kata sepakat untuk meluluskan belanjawan sementara.

Bagaimanapun, tiada arahan serupa dikeluarkan bagi kakitangan awam persekutuan yang kini berdepan pemotongan gaji dan penggantungan kerja sementara.

Trump turut menyatakan bahawa dana telah dikenal pasti untuk tujuan pembayaran gaji tentera, namun butiran lanjut mengenai sumber dana tersebut masih belum didedahkan oleh White House.

Penutupan kerajaan ini kini memasuki hari ke-11 dan dijangka berlanjutan sekiranya tiada penyelesaian segera dicapai di Capitol Hill.

Dalam kenyataannya, Trump menyifatkan tindakan Demokrat sebagai menggadai keselamatan negara dan menegaskan bahawa tentera tidak seharusnya menjadi mangsa dalam pertikaian politik semasa.









#Donald Trump #Pete Hegseth #Pentagon #Setiausaha Pertahanan #penutupan kerajaan