DUNIA
Trump arah dua kapal selam nuklear dikerah susulan kenyataan bekas Presiden Rusia
Presiden Trump (kiri) mengarahkan dua kapal selam nuklear negara itu ditempatkan di “kawasan strategik” susulan kenyataan yang disifatkan sebagai “amat provokatif” oleh bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev (kanan).
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan dua kapal selam nuklear negara itu ditempatkan di “kawasan strategik” susulan kenyataan yang disifatkan sebagai “amat provokatif” oleh bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Truth Social, Trump berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kenyataan tersebut bukan sekadar retorik semata-mata.
“Perkataan membawa kesan. Ia boleh membawa kepada akibat yang tidak dijangka. Saya berharap ini bukan salah satu daripadanya,” katanya, tanpa mendedahkan lokasi kapal selam tersebut atas faktor keselamatan dan protokol ketenteraan AS.
Medvedev sebelum ini mengeluarkan ancaman terhadap AS susulan desakan Trump agar Moscow segera menghentikan operasi ketenteraan di Ukraine atau berdepan sekatan ekonomi yang lebih berat.
Trump turut mengkritik keras Medvedev dan menyifatkannya sebagai “bekas Presiden Rusia yang gagal dan masih menyangka dirinya Presiden.”
Medvedev dalam kenyataan balas di laman X sebelum ini menuduh Trump sedang bermain “permainan ultimatum” dengan Rusia dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu provokasi ke arah perang.
Beliau juga menyifatkan ultimatum Trump sebagai “sandiwara” dan mendakwa Rusia “tidak peduli.”
Trump baru-baru ini menetapkan tarikh akhir baharu kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, untuk menamatkan konflik di Ukraine selewat-lewatnya pada 8 Ogos, selepas beberapa ultimatum terdahulu tidak diendahkan Kremlin.
Dalam pada itu, Medvedev pada Khamis memberi amaran mengenai ancaman “dead hand” - yang difahami sesetengah penganalisis sebagai merujuk kepada sistem pelancaran balas senjata nuklear automatik milik Rusia.
Rusia dan Amerika Syarikat merupakan dua negara yang memiliki senjata nuklear terbanyak di dunia.
Namun, Trump tidak memperincikan sama ada kapal selam yang diarahkan itu merupakan jenis berkuasa nuklear atau bersenjata nuklear.
Medvedev kini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia dan dikenali sebagai antara tokoh utama yang menyokong kuat tindakan Moscow dalam perang di Ukraine. - Agensi