awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump arah penjarah Alcatraz dibuka semula selepas lebih 60 tahun jadi muzium

Bernama
Bernama
05/05/2025
03:50 MYT
Trump arah penjarah Alcatraz dibuka semula selepas lebih 60 tahun jadi muzium
Alcatraz, yang dikenali sebagai "The Rock", merupakan penjara keselamatan maksimum yang terletak di sebuah pulau terpencil di Teluk San Francisco. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengumumkan bahawa beliau mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula Penjara Alcatraz, yang telah berfungsi sebagai muzium dan tarikan pelancongan sejak lebih 60 tahun, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
"Hari ini, saya mengarahkan Biro Penjara, bersama Jabatan Kehakiman, FBI dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk membuka semula Alcatraz dengan kapasiti lebih besar dan dinaik taraf bagi menempatkan penjenayah paling ganas dan kejam di Amerika," katanya dalam satu hantaran di platform Truth Social.
Trump berkata pembukaan semula Alcatraz akan menjadi simbol kepada "Undang-undang, Ketenteraman dan Keadilan".
Dahulu Amerika tidak teragak-agak untuk mengasingkan penjenayah berbahaya daripada masyarakat, katanya.
"Kita tidak akan lagi bertolak ansur dengan penjenayah bersiri yang menyebarkan tingkah laku yang jijik, keganasan dan kekacauan di kejiranan kita," katanya.
Alcatraz, yang dikenali sebagai "The Rock", merupakan penjara keselamatan maksimum yang terletak di sebuah pulau terpencil di Teluk San Francisco.
Selama 29 tahun, pulau itu berfungsi sebagai lokasi tahanan bagi penjenayah paling berbahaya dan sukar dikawal, termasuk mereka yang pakar dalam melarikan diri.
Banduan terakhir yang ditahan di sana dibebaskan pada 1963.
Alcatraz dianggap mustahil untuk banduan melarikan diri dan pernah menempatkan penjenayah terkenal seperti Al Capone, George "Machine Gun" Kelly Barnes, Alvin "Creepy Karpis" Karpavicz dan Robert Stroud.
Penjara itu telah menempatkan sejumlah 1,576 banduan sejak ia mula dibuka pada 1934.
Kini, Pulau Alcatraz berstatus muzium, mercu tanda bersejarah kebangsaan dan kawasan perlindungan bagi pembiakan burung. Ia menerima kira-kira 1.2 juta pelawat setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Alcatraz
#muzium
#The Rock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami