DUNIA
Trump arah sekatan menyeluruh ke atas kapal tangki minyak Venezuela
Kerajaan Venezuela belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan terbaru Washington tersebut.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan dan terlibat dalam urusan keluar masuk Venezuela, dalam langkah terbaharu yang meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Nicolás Maduro.
Dalam kenyataan di platform Truth Social pada Selasa, Trump berkata Venezuela kini “dikelilingi sepenuhnya oleh armada terbesar yang pernah dihimpunkan dalam sejarah Amerika Selatan.”
Beliau turut memberi amaran bahawa kekuatan ketenteraan itu akan terus ditambah sehingga kerajaan Maduro “memulangkan semua minyak, tanah dan aset lain yang telah mereka curi daripada Amerika Syarikat”.
Trump turut mengisytiharkan kerajaan Venezuela sebagai “organisasi pengganas asing”, dengan mendakwa rejim tersebut menggunakan hasil minyak dari medan minyak yang didakwa dicuri untuk membiayai aktiviti keganasan, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, pembunuhan dan penculikan.
Langkah ini diumumkan hanya seminggu selepas AS merampas sebuah kapal tangki minyak di perairan berhampiran Venezuela.
Harga minyak mentah AS dilaporkan meningkat sekitar 1.3 peratus kepada AS$56 setong susulan pengumuman itu.
Setakat ini, kerajaan Venezuela belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan terbaru Washington tersebut.