DUNIA
Trump arah tingkatkan kehadiran penguat kuasa undang-undang di Washington
Trump mencadangkan kemungkinan mengerahkan Pengawal Negara ke Washington berikutan peningkatan kadar jenayah di bandar raya itu dan serangan terhadap bekas kakitangan DOGE, Edward Coristine. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan penambahan kehadiran anggota penguat kuasa undang-undang di Washington susulan peningkatan kadar jenayah di bandar raya itu serta insiden serangan terhadap bekas kakitangan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), kata jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
Pada Khamis, Trump mencadangkan kemungkinan mengerahkan Pengawal Negara ke Washington berikutan peningkatan kadar jenayah di bandar raya itu dan serangan terhadap bekas kakitangan DOGE, Edward Coristine.
Media melaporkan bahawa ejen persekutuan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Jabatan Imigresen dan Kastam (ICE) serta Pengawal Negara diarahkan bersiap sedia bagi kemungkinan penempatan anggota.
"Presiden Trump telah mengarahkan peningkatan kehadiran penguat kuasa undang-undang persekutuan bagi melindungi orang awam yang tidak bersalah. Bermula malam ini, tiada lagi tempat selamat bagi penjenayah ganas di D.C.," kata Leavitt seperti dipetik oleh akhbar The Hill.
Langkah itu akan melibatkan lebih sedozen agensi termasuk FBI, ICE, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) serta Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF), lapor akhbar berkenaan, sambil menambah bahawa peningkatan kehadiran penguat kuasa undang-undang itu akan berkuat kuasa selama tujuh hari.
Pada awal Ogos, Coristine, 19, diserang oleh dua remaja yang cuba mencuri keretanya di Washington, D.C. Suspek ditahan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump mengarahkan peningkatan kehadiran penguat kuasa undang-undang persekutuan di Washington susulan peningkatan kadar jenayah dan insiden serangan terhadap bekas kakitangan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), Edward Coristine.
- Langkah itu melibatkan lebih sedozen agensi termasuk FBI, ICE, DEA dan ATF, dengan penempatan anggota selama tujuh hari, serta kemungkinan penglibatan Pengawal Negara.
- Jurucakap Rumah Putih menyatakan tindakan ini bertujuan melindungi orang awam dan memastikan tiada lagi tempat selamat bagi penjenayah ganas di ibu negara.