Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House

Sebuah penempatan baharu Israel berhampiran pekan Beita, dekat Nablus, di Tebing Barat yang diduduki Israel. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menentang sebarang langkah Israel untuk mengilhakkan Tebing Barat yang diduduki, menurut seorang pegawai White House, lapor Al Jazeera.
Pegawai berkenaan dipetik berkata Tebing Barat yang stabil penting bagi keselamatan Israel dan selari dengan matlamat pentadbiran AS untuk mencapai keamanan di rantau itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kecaman lapan negara majoriti Muslim terhadap Israel berhubung kelulusan langkah baharu yang memperluas kawalan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, termasuk memudahkan pemerolehan tanah bagi pembinaan penempatan Yahudi baharu yang dianggap menyalahi undang-undang antarabangsa.
Pada Isnin, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu mengecam tindakan Israel tersebut “sekeras-kerasnya”, menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.
Tebing Barat telah berada di bawah pendudukan Israel sejak 1967, dan isu penempatan serta pengilhakan kekal menjadi antara halangan utama dalam usaha mencapai penyelesaian konflik Israel–Palestin.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

