DUNIA

Trump batal perjumpaan dengan Putin

Bernama 23/10/2025 | 02:10 MYT
Trump bercakap kepada media di Oval Office, White House, Washington, 22 Okt 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu berkata beliau telah membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Xinhua.

"Kami telah membatalkan pertemuan dengan Presiden Putin," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

"Saya rasa ia tidak sesuai untuk diteruskan."

"Saya rasa kami tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya. Jadi saya batalkan, tetapi kami akan adakan pada masa depan," tambah beliau.

Trump minggu lalu berkata beliau akan bertemu dengan Putin di Budapest, Hungary untuk mengadakan rundingan, selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu.

Namun pada Selasa, beliau memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa pertemuan itu akan menjadi "pembaziran masa."

-- BERNAMA

#Donald Trump #Vladimir Putin #batal pertemuan #Rusia