WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Khamis memberi bayangan bahawa pentadbirannya akan menumpukan perhatian kepada Cuba selepas menyelesaikan operasi ketenteraan terhadap Iran, lapor Anadolu Ajansı.
“Apa yang berlaku dengan Cuba amat menarik dan kami fikir kami mahu memperbaikinya. Selesaikan yang ini (Iran) dahulu, tetapi hanya soal masa sebelum anda dan ramai lagi individu luar biasa akan kembali ke Cuba,” katanya ketika berucap pada satu acara di Rumah Putih.
Advertisement
Trump berkata Cuba sangat terdesak untuk “membuat perjanjian”.
Sebelum ini beliau berkata Setiausaha Negara Marco Rubio sedang mengadakan rundingan dengan Cuba.
Amerika Syarikat mengenakan sekatan kembali terhadap Cuba serta menyatakan hasrat untuk menggulingkan kerajaan komunis republik itu melalui apa jua cara.
--BERNAMA-ANADOLU