awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2021
23:25 MYT
Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'
Pelosi menyifatkan Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan yang membebaskan bekas presiden Donald Trump. -Reuters
WASHINGTON:Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi menyifatkan anggota Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.
Tegasnya, perwakilan itu dilihat tidak berani untuk mengheret Trump ke muka pengadilan.
BACA: Donald Trump bebas tuduhan hasut penyokong merusuh
[TERKINI] Donald Trump dilepaskan dari dakwaan cetus rusuhan
"Apa yang kita lihat di Senat hari ini adalah kumpulan Republikan yang pengecut," kata Pelosi dalam satu sidang media selepas keputusan Senat terhadap Trump.
Malah, beliau secara peribadi membidas Mitch McConnell kerana gagal mensabitkan kesalahan terhadap Trump walaupun sebelum ini anggota Senat Republikan itu lantang mengkritik bekas presiden berkenaan susulan insiden rusuhan yang meragut lima nyawa.
"Kamu (McConnell) memilih untuk tidak menerimanya. Itulah alasan yang digunakannya," katanya merujuk kepada artikel mengenai penghakiman yang ingin disampaikan Dewan lebih awal.
Bagaimanapun, tegas pelosi, beliau tidak akan berputus asa dan akan meneruskan usaha membawa Trump menghadapi pertuduhan semula.
"Pengadilan belum selesai," tegas Pelosi.
Pelosi ialah individu yang bertanggungjawab membawa Trump ke Dewan Senat untuk memulakan perbicaraan bagi pendakwaan menghasut pengikutnya melakukan rusuhan di Bangunan Capitol pada 6 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Washington
#Amerika Syarikat
#Bekas Presiden
#Nancy Pelosi
#Mitch McConnell
#Dewan Senat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan