Trump berdepan lebih banyak pertuduhan babitkan kes dokumen sulit

Bernama
Julai 28, 2023 09:23 MYT
Peguam khas Jack Smith mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap Trump (foto) pada Khamis, termasuk menghalang dan menyimpan maklumat pertahanan negara secara sengaja. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis berdepan pertuduhan baharu membabitkan kes dokumen sulit, lapor media tempatan.
Peguam khas Jack Smith mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap Trump pada Khamis, termasuk menghalang dan menyimpan maklumat pertahanan negara secara sengaja.
Tuduhan menghalang tertumpu pada percubaan memadam rakaman kamera keselamatan di estet Mar-a-Lago Trump di Florida selepas Jabatan Kehakiman mengeluarkan sepina terhadapnya, lapor Xinhua.
Dakwaan yang dikemas kini menambah pertuduhan menyimpan maklumat pertahanan negara secara haram.
Tuduhan baharu itu adalah mengenai Trump membincangkan mengenai rakaman audio dokumen sulit dalam simpanannya.
Trump menghadapi 40 pertuduhan dalam kes dokumen sulit Mar-a-Lago.
-- BERNAMA
#Donald Trump #kes dokumen sulit #Jack Smith #pertuduhan tambahan