awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”

Agensi
Agensi
18/01/2025
23:45 MYT
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Trump beri amaran “kekacauan besar akan berlaku” jika kedua-dua pihak gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata untuk tebusan yang dijangka berkuat kuasa pagi ini. - Gambar fail Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump berkata, beliau telah memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk “teruskan apa yang perlu dilakukan” sambil menekankan hasratnya untuk melihat perang antara Israel dan Hamas berakhir.
Dalam masa sama, beliau sekali lagi memberi amaran bahawa “kekacauan besar akan berlaku” jika kedua-dua pihak gagal mematuhi perjanjian gencatan senjata untuk tebusan yang dijangka berkuat kuasa pagi ini.
Trump memberitahu NBC News dalam wawancara telefon pada Sabtu bahawa beliau bercadang untuk bertemu Netanyahu “dalam masa terdekat” tetapi enggan memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Beliau juga memaklumkan telah memberitahu Netanyahu “ini perlu berakhir” tetapi juga mengingatkan untuk “teruskan sahaja apa yang anda perlu lakukan.”
Apabila ditanya sama ada beliau yakin tebusan yang masih ditahan oleh Hamas di Gaza akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Trump berkata: “Kita akan melihatnya tidak lama lagi dan ia lebih baik menjadi kenyataan.”
Beliau menambah, AS akan menuntut “rasa hormat” untuk memastikan perjanjian itu dipatuhi dan memberi amaran tentang akibat jika ia gagal.
“Amerika Syarikat perlu dihormati semula dan ia perlu dilakukan dengan segera. Tetapi hormat adalah perkataan utama yang saya gunakan,” katanya.
“Jika mereka menghormati kita, ia akan berjaya. Jika mereka tidak menghormati kita, kekacauan besar akan berlaku.”
Penasihat keselamatan negara AS akan datang, Mike Waltz dan Utusan khas Timur Tengah yang akan datang, Steve Witkoff bekerjasama dengan pentadbiran Joe Biden untuk membantu memudahkan perjanjian gencatan senjata tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#amaran Donald Trump
#kekacauan besar
#Benjamin Netanyahu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan