awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri amaran keras kepada Presiden Colombia selepas penahanan Maduro

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2026
06:31 MYT
Trump beri amaran keras kepada Presiden Colombia selepas penahanan Maduro
Trump (kanan) menuduh Petro (kiri) membenarkan pengeluaran dadah besar-besaran yang menyumbang kepada penyeludupan kokain ke AS. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Presiden Colombia, Gustavo Petro, susulan operasi ketenteraan AS yang membawa kepada penahanan Presiden Venezuela Nicolás Maduro, sekali gus mencetuskan ketegangan baharu di rantau Amerika Latin.

Ringkasan AI
  • Presiden AS, Donald Trump, mengeluarkan amaran keras kepada Presiden Colombia, Gustavo Petro, berhubung penahanan Presiden Venezuela, Nicols Maduro, yang mencetuskan ketegangan di Amerika Latin.
  • Trump menuduh Petro membenarkan pengeluaran dadah besar-besaran yang menyumbang kepada penyeludupan kokain ke AS, sambil menyasarkan Mexico dan Cuba sebagai negara yang dikawal kartel dadah dan negara gagal ekonomi.
  • Ketegangan ini dijangka memberi kesan kepada hubungan diplomatik antara AS dan beberapa negara jiran di Amerika Latin, dengan ramalan tekanan terhadap pentadbiran Petro dan kemungkinan tindakan balas diplomatik dari Bogot.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam sidang media di Florida, Trump menuduh Petro membenarkan pengeluaran dadah secara besar-besaran yang menyumbang kepada penyeludupan kokain ke AS.
“Dia buat kokain dan hantar ke Amerika Syarikat, jadi dia memang kena jaga diri,” kata Trump.
Trump turut menyasarkan Mexico dan Cuba, menyifatkan Mexico sebagai negara yang dikawal kartel dan Cuba sebagai “negara gagal” akibat kepimpinan ekonomi yang lemah.
Beliau memberi bayangan bahawa tindakan ketenteraan terhadap negara lain di rantau itu tidak mustahil jika didapati mengancam keselamatan AS.
Petro sebelum ini mengkritik tindakan AS di Venezuela sebagai “serangan terhadap kedaulatan Amerika Latin” dan memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan krisis kemanusiaan serantau.
Operasi ketenteraan yang membawa kepada penahanan Maduro dilaporkan berlaku pada 2 Jan, dengan pemimpin Venezuela itu kini ditahan di fasiliti persekutuan di New York.
Penahanan tersebut mencetuskan reaksi keras daripada Rusia dan beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB yang menuntut penjelasan segera daripada Washington.
White House mempertahankan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha membanteras “narco-terrorism” dan menyatakan bukti kukuh telah dikumpulkan terhadap Maduro berhubung penglibatan dalam rangkaian dadah antarabangsa.
Ketegangan ini dijangka memberi kesan kepada hubungan diplomatik antara AS dan beberapa negara jiran di Amerika Latin, dengan pemerhati politik menjangkakan peningkatan tekanan terhadap pentadbiran Petro serta kemungkinan tindakan balas diplomatik dari Bogotá.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada Presiden Colombia, Gustavo Petro? A: Trump mengeluarkan amaran keras kepada Petro susulan penahanan Presiden Venezuela Nicolás Maduro dan dakwaan penglibatan dalam penyeludupan kokain ke AS.
  • Q: Apakah tanggapan Trump terhadap Mexico dan Cuba dalam sidang media di Florida? A: Trump menyifatkan Mexico sebagai negara yang dikawal kartel dan Cuba sebagai "negara gagal" akibat kepimpinan ekonomi yang lemah.
  • Q: Bagaimanakah Petro mengkritik tindakan Amerika Syarikat di Venezuela sebelum ini? A: Petro mengkritik tindakan AS di Venezuela sebagai "serangan terhadap kedaulatan Amerika Latin" dan memberi amaran tentang kemungkinan krisis kemanusiaan serantau.
  • Q: Apakah sebab penahanan Nicolás Maduro dan bagaimana tindak balas negara-negara tertentu terhadap tindakan itu? A: Penahanan Maduro berlaku susulan operasi ketenteraan yang mengaitkan beliau dengan rangkaian dadah antarabangsa. Rusia dan beberapa anggota Majlis Keselamatan PBB menuntut penjelasan segera daripada Washington.
  • Q: Apakah alasan White House untuk mempertahankan tindakan penahanan Maduro? A: White House menyatakan tindakan itu sebagai sebahagian daripada usaha membanteras "narco-terrorism" dan mendakwa telah mengumpulkan bukti kukuh terhadap penglibatan Maduro dalam penyeludupan dadah antarabangsa.

Topic Berkaitan
#Colombia
#Venezuela
#Donald Trump
#Gustavo Petro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan