Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif melaksanakan undang-undang baharu sekatan terhadap Rusia, namun memberikan pengecualian terhadap tarif dan sebahagian besar sekatan.
- Perintah tersebut melaksanakan Akta Sekatan terhadap Rusia dan Iran Lindsey O. Graham 2026, dengan tarif ke atas barangan Rusia meningkat sehingga 500 peratus.
- Pengecualian tarif akan terus berkuat kuasa sehingga Presiden atau Setiausaha Negara AS menentukan tindakan lanjut adalah wajar.
HAMILTON (KANADA): Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif lewat Jumaat bagi melaksanakan undang-undang baharu mengenai sekatan terhadap Rusia, namun memberikan pengecualian terhadap tarif dan sebahagian besar sekatan yang diperuntukkan di bawah undang-undang itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Perintah itu melaksanakan Akta Sekatan terhadap Rusia dan Iran Lindsey O. Graham 2026, yang ditandatangani Trump pada 18 Sept lalu.
Di bawah perintah berkenaan, tarif ke atas barangan dari Rusia ditetapkan meningkat sebanyak 500 peratus.
Perintah itu turut memperuntukkan tarif tambahan sebanyak 100 peratus ke atas barangan dari lima negara pengimport terbesar minyak dan gas Rusia yang membuat pembelian baharu mulai 18 Okt.
Kenaikan tarif sebanyak 100 peratus yang sama juga dikenakan ke atas barangan dari lima negara utama yang memudahkan kegiatan mengelak sekatan berkaitan minyak Rusia.
Bagaimanapun, Trump memberikan pengecualian terhadap pelaksanaan tarif berkenaan atas alasan kepentingan negara AS, selain mengemukakan perakuan kepada Kongres, menurut Rumah Putih.
Pengecualian itu akan terus berkuat kuasa sehingga Presiden atau Setiausaha Negara AS menentukan bahawa tindakan lanjut adalah wajar.
Undang-undang berkenaan dinamakan sebagai penghormatan kepada mendiang Senator Lindsey Graham, menurut maklumat yang diberikan.
-- BERNAMA-ANADOLU