DUNIA
Trump berlepas ke Jepun, perkukuh hubungan dua hala dengan kepimpinan baharu
Sebaik tiba di Tokyo di bawah kawalan keselamatan ketat, Trump (foto) dijadual menghadap Maharaja Naruhito sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Takaichi pada keesokan harinya. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berlepas ke Jepun, destinasi kedua dalam lawatan tiga negaranya ke Asia, bertujuan menetapkan hala tuju baharu bagi hubungan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun yang baharu dilantik, Sanae Takaichi, lapor agensi berita Kyodo.
Ringkasan AI
Ini merupakan lawatan pertama Trump ke Jepun sejak Jun 2019, dan fokus utama kali ini adalah membina asas hubungan dua hala dalam penggal keduanya sebagai presiden bersama Takaichi yang baru seminggu memegang jawatan.
Sebaik tiba di Tokyo di bawah kawalan keselamatan ketat, Trump dijadual menghadap Maharaja Naruhito sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Takaichi pada keesokan harinya.
Takaichi, yang pulang ke Tokyo awal Isnin selepas menghadiri mesyuarat bersama pemimpin ASEAN di Malaysia, berkata beliau memberitahu Trump bahawa Jepun merupakan "rakan penting dan tidak dapat diganti bagi Amerika Syarikat, baik dalam strategi terhadap China mahupun dalam strategi Indo-Pasifik."
Bagi menonjolkan kekuatan pakatan dua negara, Takaichi dijangka menemani Trump menaiki helikopter "Marine One" untuk lawatan ke pangkalan tentera laut AS di Yokosuka serta meninjau kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear "USS George Washington" , menurut sumber diplomatik.
Kemudian pada Selasa, Trump dijadual bertemu pemimpin perniagaan Jepun, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SoftBank Masayoshi Son dan Pengerusi Toyota Motor Corp Akio Toyoda.
Dalam pertemuan itu, Trump dijangka menggesa syarikat Jepun meningkatkan pelaburan dan pengeluaran di AS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump bertolak ke Jepun dalam lawatan rasmi untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Perdana Menteri baharu, Sanae Takaichi, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia.
- Trump dijadual menghadap Maharaja Naruhito, melawat pangkalan tentera laut AS di Yokosuka bersama Takaichi, dan meninjau kapal pengangkut pesawat USS George Washington.
- Beliau juga akan bertemu pemimpin perniagaan utama Jepun seperti Masayoshi Son dan Akio Toyoda, dengan fokus menggalakkan pelaburan dan pengeluaran syarikat Jepun di Amerika Syarikat.
Ini merupakan lawatan pertama Trump ke Jepun sejak Jun 2019, dan fokus utama kali ini adalah membina asas hubungan dua hala dalam penggal keduanya sebagai presiden bersama Takaichi yang baru seminggu memegang jawatan.
Sebaik tiba di Tokyo di bawah kawalan keselamatan ketat, Trump dijadual menghadap Maharaja Naruhito sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Takaichi pada keesokan harinya.
Takaichi, yang pulang ke Tokyo awal Isnin selepas menghadiri mesyuarat bersama pemimpin ASEAN di Malaysia, berkata beliau memberitahu Trump bahawa Jepun merupakan "rakan penting dan tidak dapat diganti bagi Amerika Syarikat, baik dalam strategi terhadap China mahupun dalam strategi Indo-Pasifik."
Bagi menonjolkan kekuatan pakatan dua negara, Takaichi dijangka menemani Trump menaiki helikopter "Marine One" untuk lawatan ke pangkalan tentera laut AS di Yokosuka serta meninjau kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear "USS George Washington" , menurut sumber diplomatik.
Kemudian pada Selasa, Trump dijadual bertemu pemimpin perniagaan Jepun, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SoftBank Masayoshi Son dan Pengerusi Toyota Motor Corp Akio Toyoda.
Dalam pertemuan itu, Trump dijangka menggesa syarikat Jepun meningkatkan pelaburan dan pengeluaran di AS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dua hala.
-- BERNAMA
#Donald Trump
#Sanae Takaichi
#Maharaja Naruhito
#Pangkalan Tentera Laut AS
#kapal pengangkut pesawat USS George Washington