DUNIA
Trump berlepas pulang ke Washington selepas pertemuan dengan Xi Jinping di Busan
Trump berlepas dengan pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Gimhae, Busan, sekitar jam 1.07 tengah hari waktu tempatan. - Gambar/ Reuters
GYEONGJU (Korea Selatan): Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.
Trump dilihat berlepas dengan pesawat Air Force One di Pangkalan Udara Gimhae, Busan, sekitar jam 1.07 tengah hari waktu tempatan (waktu Malaysia 12.07 tengah hari).
Kedua-dua negara itu dijangka mengeluarkan satu kenyataan bersama lewat hari ini.
Terdahulu semasa mesyuarat itu, Xi berkata kedua-dua negara itu harus menjadi rakan dan sahabat, sambil menyifatkan menjadi perkara biasa bagi dua kuasa besar yang ada masanya akan berselisih faham.
Walaupun ini merupakan kali pertama kedua-dua pemimpin itu bertemu selepas enam tahun, Xi berkata mereka ada berbual menerusi telefon sebanyak tiga kali, bertukar-tukar surat rasmi dan kekal berhubung rapat sejak Trump memulakan pentadbiran keduanya.
"Anda dan saya yang meneraju hubungan China-AS harus berada di landasan yang betul dan memastikan hubungan kekal baik. Saya sentiasa percaya bahawa pembangunan China seiring dengan visi anda untuk menjadikan Amerika hebat semula," katanya.
Trump, sementara itu menyifatkan Xi sebagai seorang pemimpin hebat dari sebuah negara yang hebat dan berkata "kita akan mempunyai hubungan yang baik untuk tempoh yang lama".
Pertemuan terakhir kedua-dua pemimpin itu adalah pada 2019 semasa sidang kemuncak G20.
Sebarang hasil daripada pertemuan antara dua ekonomi gergasi dunia itu dijangka membawa pengaruh besar terhadap susunan perdagangan global, sekali gus mencorakkan hala tuju perdagangan dan pelaburan di seluruh dunia bagi bulan-bulan yang akan datang.
Busan, yang terletak kira-kira sejam pemanduan dari Gyeongju, kini menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang bermula esok.
Korea Selatan merupakan destinasi terakhir jelajah Asia Trump, selepas melawat Malaysia dan Jepun.
Semalam, Presiden AS itu menyampaikan ucapan khas pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC serta mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung.
-- BERNAMA