DUNIA
Trump bertemu Presiden China Xi di Korea Selatan pada penghujung lawatan Asia
Trump dijadual bertemu Xi pada pagi Khamis di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping minggu depan ketika beliau mengakhiri lawatan hampir seminggu ke Asia, menurut White House pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Jurucakap White House, Karoline Leavitt memaklumkan kepada pemberita bahawa Trump dijadual bertemu Xi pada pagi Khamis di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di bandar pelabuhan Busan, Korea Selatan.
Trump kemudian memberitahu wartawan bahawa isu utama dalam pertemuan dua hala itu ialah aliran haram bahan fentanyl, sambil berkata bahawa Beijing menunjukkan kesediaan untuk "melakukan sesuatu" bagi menangani masalah berkenaan.
Presiden AS itu dijadual tiba di Malaysia pada Ahad dan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menghadiri majlis makan malam pemimpin-pemimpin ASEAN.
Beliau kemudiannya akan berlepas ke Tokyo pada Isnin untuk bertemu Perdana Menteri Sanae Takaichi pada Selasa.
Trump dijadual ke Busan pada Rabu untuk bertemu Presiden Lee Jae Myung, menyampaikan ucapan pada majlis makan tengah hari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC, serta menghadiri majlis makan malam pemimpin-pemimpin AS-APEC pada malam hari.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pertemuan dijadual berlangsung di luar Sidang Kemuncak APEC di Busan, dengan isu utama berkaitan aliran haram bahan fentanyl.
- Trump akan bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur dan Perdana Menteri Sanae Takaichi di Tokyo dalam rangka lawatan ke Asia.
- Di Busan, Trump dijadual bertemu Presiden Korea Selatan, menyampaikan ucapan kepada CEO APEC dan menghadiri majlis makan malam pemimpin AS-APEC.