Trump buat kesimpulan Khashoggi sudah 'mati'

Astro Awani
Oktober 19, 2018 05:37 MYT
Trump telah memberi amaran bahawa Arab Saudi bakal berdepan akibat buruk sekiranya mereka terbukti sebagai dalang di dalam kes Khashoggi berkenaan. - Gambar fail
Donald Trump berkata kepada media bahawa wartawan kanan Arab Saudi, Khashoggi sudah terkorban walaupun punca sebenar kematian beliau tidak didedahkan Presiden Amerika Syarikat itu.
Trump memberi amaran bahawa Arab Saudi akan berdepan dengan akibat buruk sekiranya mereka terbukti sebagai dalang dalam kes pembunuhan berkenaan.
Sementara itu, Turki sejak awal lagi mempertahankan dakwaan bahawa khasoggi telah dibunuh dan dihapuskan.
Walaubagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh arab Saudi.
Ketika ini pihak berkuasa Turki dan Arab Saudi menjalankan siasatan berasingan berhubung kehilangan Khashoggi.
Pihak berkuasa Turki berkata minggu ini, Khashoggi dibunuh skuad pembunuh dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul 2 Oktober lalu, namun dinafikan Riyadh.
Khashoggi, seorang pengkritik pentadbiran Diraja ultra konservertif itu kali terakhir dilihat memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul, 2 Oktober lalu.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Donald Trump #Jamal Khasoggi #mati #Riyadh #siasatan #Turki