awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump burukkan nama negara sendiri - Khamenei

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2018
02:13 MYT
Trump burukkan nama negara sendiri - Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei bercakap pada satu pertemuan dengan pelajar di Hussayniyeh Imam Khomeini di Tehran, Iran, 3 Nov, 2018. Laman web rasmi Khamenei/Handout via REUTERS
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyifatkan pendirian Donald Trump yang mengenakan semula semua sekatan ke atas Iran sebagai memalukan.
Katanya, tindakan Presiden Amerika Syarikat itu memburukkan nama negara itu sendiri.
"Dunia menentang setiap keputusan yang dibuat Trump," beliau dipetik berkata stesen televisyen Iran pada satu pertemuan dengan ribuan pelajar di sini pada Sabtu.
"Matlamat Amerika ialah untuk mengukuhkan semula dominasi yang ia miliki (sebelum 1979) tetapi telah gagal.
"Amerika telah dikalahkan oleh Republik Islam sejak 40 tahun yang lalu," katanya.
Tambahnya, sekatan itu juga akan menyebabkan ekonomi dan kuasa ketenteraan Amerika Syarikat merudum.
Khamenei menolak sekatan baharu Amerika, termasuk minyak, yang akan berkuat kuasa Isnin ini.
Pelaksanaan sekatan yang dibatalkan susulan perjanjian nuklear pada 2015 itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan kuasa dunia yang rata-rata berpendapat Iran mematuhi komitmen untuk menghadkan program atom mereka.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Ayatollah Ali Khamenei
#Donald Trump
#ekonomi
#Iran
#kuasa ketenteraan
#nuklear
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan