DUNIA
Trump cuba 'tulis semula sejarah', dakwa tidak pernah diperdaya Putin
Presiden Trump (kanan) kini dilihat semakin lantang mengkritik Presiden Putin - satu perubahan nada yang cukup ketara berbanding pendiriannya sebelum ini. - Gambar fail AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini dilihat semakin lantang mengkritik Presiden Rusia, Vladimir Putin - satu perubahan nada yang cukup ketara berbanding pendiriannya sebelum ini.
Ringkasan AI
Namun, langkah Trump itu turut disertai dengan usaha ‘menulis semula sejarah’, apabila beliau mendakwa kononnya tidak pernah meletakkan kepercayaan penuh terhadap pemimpin Kremlin itu.
“Dia (Putin) telah memperdaya ramai orang — Clinton, Bush, Obama, Biden... tapi bukan saya,” katanya dalam sidang media di White House, Isnin lalu.
Dalam satu wawancara bersama BBC yang disiarkan baru-baru ini, Trump turut menyatakan: “Saya sebenarnya tidak mempercayai sesiapa pun.”
Jawapan itu diberikan selepas beliau terdiam seketika apabila ditanya secara khusus sama ada beliau mempercayai Putin.
Namun, kenyataan itu nyata bercanggah dengan beberapa kenyataan beliau sebelum ini.
Pada Februari lalu, Trump secara terbuka menyatakan keyakinan bahawa Putin mahukan kedamaian di Ukraine.
Malah katanya, “Saya kenal dia dengan baik. Saya percaya dia mahukan keamanan. Kalau tidak, pasti dia akan beritahu saya.”
Malah hanya dua minggu kemudian, ketika ditanya sama ada beliau percaya Putin akan mematuhi sebarang perjanjian damai, Trump tanpa ragu menjawab: “Saya rasa dia akan tepati janji.”
Malah beliau sempat menyamakan dirinya dengan Putin kerana kedua-duanya ‘terpaksa berdepan siasatan berkaitan Rusia’ sebelum ini.
Namun kini, nada Trump jauh berbeza.
Beliau mendakwa, terdapat tiga atau empat perjanjian damai yang hampir dimuktamadkan - tetapi kesemuanya ‘digagalkan’ oleh Putin sendiri, yang terus menggempur Ukraine.
Meskipun begitu, pentadbiran Trump dilihat masih memberi ruang kepada Rusia, apabila menangguhkan pelaksanaan sekatan ekonomi tambahan selama 50 hari lagi terhadap negara-negara yang masih membeli minyak dari Moscow.
Ketegangan turut tercetus dalam pertemuan Oval Office antara Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Februari lalu, apabila Naib Presiden AS, JD Vance menyarankan agar rundingan damai diberi keutamaan berbanding pendekatan lebih tegas.
Zelenskyy pantas membalas: “Kami pernah menandatangani gencatan senjata pada 2019. Kami juga tandatangani perjanjian pertukaran tawanan, tapi semuanya dikhianati. Apa jenis diplomasi yang dimaksudkan ini, JD?”
Ketegangan memuncak apabila Trump ditanya, apakah jaminannya sekiranya Putin sekali lagi melanggar perjanjian.
Jawab Trump secara sinis: “'Bagaimana kalau' apa pun? Bagaimana kalau bom jatuh atas kepala awak sekarang? Mereka langgar (gencatan senjata) dengan Biden sebab mereka tak hormat dia. Tapi mereka hormat saya.”
Namun empat bulan kemudian, Trump mengakui bahawa walaupun perbualan telefon beliau dengan Putin “kedengaran baik”, realitinya berbeza.
“Saya balik dan beritahu First Lady, ‘Saya baru bercakap dengan Vladimir, dan kami berbual dengan baik’. Tapi dia jawab, ‘Oh ya? Satu lagi bandar baru saja dibedil’,” katanya.
Ini bukan kali pertama Trump mempertahankan pemimpin negara luar yang beragenda bertentangan dengan Amerika Syarikat.
Pada awal 2020, beliau berulang kali memuji Presiden China, Xi Jinping dalam menguruskan penularan COVID-19 dan menolak dakwaan bahawa China cuba menyembunyikan maklumat - walaupun kebimbangan itu turut dibangkitkan oleh pegawai-pegawai dalam pentadbirannya sendiri.
Namun apabila wabak melanda Amerika Syarikat, Trump bertukar nada dan menuding jari ke arah China - negara yang sebelum itu dipertahankannya.
Trump juga sebelum ini berulang kali mempertahankan Putin daripada tuduhan campur tangan dalam pilihan raya Presiden 2016, bahkan pernah menolak penemuan agensi risikan AS sendiri.
Dalam sidang media bersama Putin di Helsinki pada 2018, Trump berkata: “Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa Rusia akan campur tangan.” Walaupun kemudian menyatakan beliau ‘tersilap cakap’, Trump tetap terus meragui dapatan rasmi tentang peranan Rusia.
Kini, walaupun cuba menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang tidak pernah ‘termakan janji manis’ Putin, hakikatnya rekod kenyataannya menceritakan sebaliknya.
Trump sendiri mengakui bahawa Putin selalu berkata perkara yang menyenangkan, namun tidak menzahirkan sebarang tindakan konkrit - satu pengakuan secara tidak langsung bahawa beliau mungkin telah tersilap percaturan. - Agensi
Ringkasan AI
- Trump kini mengkritik keras Putin, berbeza dengan kenyataan mesranya sebelum ini yang menunjukkan kepercayaan terhadap pemimpin Rusia itu.
- Trump mendakwa tidak pernah mempercayai Putin, walaupun rekod menunjukkan sokongan dan kenyataan yang bertentangan.
- Rundingan damai Ukraine tergendala, Trump dipersoal oleh Zelenskyy dan terus tangguh sekatan terhadap Rusia meskipun kritikan meningkat.