DUNIA
Trump dakwa armada AS bergerak ke arah Iran
Trump sebelum ini beberapa kali mengugut untuk campur tangan terhadap Iran susulan laporan kematian penunjuk perasaan, namun protes berkurangan sejak minggu lalu. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis (22 Jan) berkata, Amerika Syarikat telah menggerakkan sebuah “armada” ke arah Iran, namun, berharap tidak perlu menggunakannya, sambil mengulangi amaran kepada Tehran agar tidak membunuh penunjuk perasaan atau menghidupkan semula program nuklearnya.
Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln serta beberapa pemusnah berpeluru berpandu dijangka tiba di Asia Barat dalam beberapa hari lagi.
Seorang pegawai turut memaklumkan, Washington sedang mempertimbangkan penempatan sistem pertahanan udara tambahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan ke atas pangkalan AS di rantau itu.
Penempatan ini dilihat sebagai langkah memperluas pilihan ketenteraan AS - baik dari segi mempertahankan asetnya ketika ketegangan memuncak mahupun mempersiapkan tindakan susulan selepas serangan ke atas beberapa lokasi nuklear Iran pada Jun lalu.
“Kami mempunyai banyak kapal menuju ke arah itu, sebagai langkah berjaga-jaga… Saya tidak mahu apa-apa berlaku, tetapi kami memerhati mereka dengan sangat rapat,” kata Trump kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari Davos, Switzerland.
Beliau turut menambah: “Kami ada sebuah armada… menuju ke arah itu, dan mungkin kita tak perlu gunakannya.”
Kapal-kapal tersebut mula digerakkan dari Asia Pasifik minggu lalu ketika hubungan Teheran–Washington kembali tegang ekoran tindakan keras terhadap gelombang protes yang tercetus di Iran beberapa bulan kebelakangan ini.
Trump sebelum ini beberapa kali mengugut untuk campur tangan terhadap Iran susulan laporan kematian penunjuk perasaan, namun protes berkurangan sejak minggu lalu.
Trump mendakwa, beliau telah “menghentikan” beberapa hukuman mati di Iran menerusi tekanan diplomatiknya.
Pada Khamis, beliau mengulangi dakwaan itu dengan menyebut Iran telah membatalkan hampir 840 hukuman gantung.
“Saya kata kepada mereka: Jika kamu gantung orang-orang itu, kamu akan berdepan serangan paling dahsyat pernah kamu alami. Apa kami lakukan terhadap program nuklear Iran pun akan kelihatan remeh,” katanya.
Menurut Trump, hukuman itu dibatalkan sejam sebelum ia dijadualkan berlangsung, sesuatu yang disifatkannya sebagai “tanda yang baik.”
AS sebelum ini sering mempertingkat kehadiran tenteranya di Asia Barat pada waktu tegang, namun tahun lalu Washington menggerakkan kekuatan ketenteraan secara besar-besaran menjelang serangan Jun ke atas fasiliti nuklear Iran.
Trump turut menegaskan Amerika Syarikat akan bertindak jika Iran kembali memulihkan program nuklearnya selepas serangan tersebut.
“Jika mereka cuba melakukannya semula, mereka perlu pergi ke lokasi lain. Kita akan serang lokasi itu juga, dengan mudah,” katanya.
Iran kini perlu memaklumkan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai keadaan tapak yang diserang serta status bahan nuklear di lokasi tersebut.
Ini termasuk kira-kira 440.9kg uranium diperkaya pada tahap 60 peratus, kuantiti yang menurut piawaian IAEA boleh menghasilkan sehingga 10 bom nuklear sekiranya diperkaya pada tahap lebih tinggi.
IAEA belum mengesahkan jumlah uranium diperkaya Iran sejak lebih tujuh bulan, meskipun pemantauan sepatutnya dilakukan secara bulanan.
Belum dapat dipastikan sama ada protes besar-besaran di Iran akan tercetus semula. Demonstrasi yang bermula pada 28 Disember lalu di Grand Bazaar Tehran berhubung tekanan ekonomi itu pantas merebak ke seluruh negara.
Kumpulan hak asasi berpangkalan di AS, HRANA mendakwa, setakat ini 4,519 kematian berkaitan pergolakan telah disahkan, termasuk 4,251 penunjuk perasaan, manakala 9,049 kematian lain masih disiasat.
Seorang pegawai Iran pula memberitahu Reuters, sehingga Ahad lalu, jumlah kematian yang disahkan melebihi 5,000 orang, merangkumi 500 anggota keselamatan.
Ketika ditanya jumlah sebenar penunjuk perasaan yang terbunuh, Trump menjawab: “Tiada siapa tahu… Saya rasa jumlahnya sangat besar, apa pun angkanya.” - Agensi