DUNIA
Trump dakwa India tawar hapuskan tarif barangan AS
Trump (kanan) dan Narendra Modi berjabat tangan semasa sidang media di White House awal tahun ini. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa India telah menawarkan untuk menghapuskan tarif ke atas barangan AS kepada sifar, ketika beliau terus mengkritik hubungan perdagangan antara kedua-dua negara sebagai “sangat berat sebelah.”
Dalam hantaran di laman sosial Truth Social pada Isnin, Trump menyifatkan India sebagai melakukan perniagaan besar dengan AS tanpa timbal balik yang adil, selain mengecam pembelian minyak dan senjata Rusia oleh New Delhi.
“Apa yang ramai tidak faham ialah kami buat perniagaan yang sangat sedikit dengan India, tetapi mereka buat perniagaan besar dengan kami.
"Mereka menjual pelbagai barangan, menjadikan kami pelanggan terbesar, tetapi kami pula jual sangat sedikit kepada mereka,” katanya.
“Mereka kini menawarkan untuk turunkan tarif kepada sifar, tetapi sudah terlambat. Sepatutnya mereka buat begitu bertahun-tahun lalu,” tambahnya.
New Delhi setakat ini belum mengulas mengenai kenyataan terbaharu Trump itu.
Presiden AS itu sebelum ini sering membuat dakwaan tanpa bukti bahawa negara lain memberikan konsesi ekonomi besar-besaran sebagai tindak balas kepada ancaman tarif tinggi Washington.
AS baru-baru ini mengenakan tarif sehingga 50 peratus ke atas barangan import dari India – antara yang tertinggi pernah diumumkan pentadbiran Trump terhadap banyak negara asing.
Beliau turut mengkritik pembelian minyak Rusia oleh India, serta mendesak pemimpin luar supaya membeli lebih banyak produk tenaga dan senjata buatan AS.
“India membeli sebahagian besar minyak dan produk ketenteraan mereka dari Rusia, sangat sedikit dari AS,” katanya.
Sebagai tindak balas, Menteri Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal menegaskan, New Delhi “tidak akan tunduk atau dilihat lemah” dalam hubungan ekonomi dengan mana-mana negara.
Pemerhati menjangkakan langkah agresif Trump dalam mengubah landskap perdagangan dunia yang didakwanya berat sebelah berisiko mendorong negara lain mencari kerjasama alternatif, termasuk mengukuhkan hubungan sesama mereka.
Pada satu sidang kemuncak anjuran China baru-baru ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi memberitahu Presiden Xi Jinping bahawa New Delhi komited untuk memperbaiki hubungan dengan Beijing – isyarat jelas bahawa India turut mencari keseimbangan baharu dalam diplomasi globalnya. - Agensi