awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia kuat kuasakan sepenuhnya VEP kenderaan Singapura mulai esok
MALAYSIA
Tren pertama RTS Link hubungkan Johor Bahru dan Singapura diperkenal
DUNIA
Israel ugut kepimpinan Iran pada hari pertama serangan - Penasihat tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump dakwa kumpulan hartawan sedia beli TikTok, tunggu kelulusan China

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2025
23:30 MYT
Trump dakwa kumpulan hartawan sedia beli TikTok, tunggu kelulusan China
TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, telah lama menjadi sasaran kebimbangan keselamatan negara oleh penggubal undang-undang AS. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendedahkan bahawa beliau telah menemui sekumpulan pelabur kaya raya yang bersedia membeli aplikasi TikTok, dalam satu temu bual bersama Fox News yang disiarkan pada Ahad.
Dalam program Sunday Morning Futures bersama Maria Bartiromo, Trump berkata bahawa kumpulan tersebut terdiri daripada “orang yang sangat kaya” dan identiti mereka akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.
Beliau turut menyatakan bahawa perjanjian itu berkemungkinan memerlukan kelulusan daripada Presiden China, Xi Jinping, dan beliau yakin kelulusan itu akan diberikan.
“Kami sudah ada pembeli untuk TikTok,” kata Trump.
“Saya fikir saya perlukan kelulusan China, dan saya rasa Presiden Xi akan meluluskannya,” tambahnya.
TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, telah lama menjadi sasaran kebimbangan keselamatan negara oleh penggubal undang-undang AS.
Undang-undang yang diluluskan pada 2024 menetapkan bahawa TikTok mesti dijual atau ditutup operasinya di AS menjelang 19 Januari 2025.
Namun, Trump telah melanjutkan tarikh akhir itu sebanyak tiga kali, dengan lanjutan terkini sehingga 17 September.
Sebelum ini, satu perjanjian telah dirangka untuk memindahkan operasi TikTok di AS kepada syarikat baharu yang dimiliki pelabur tempatan, namun ia tergendala selepas China memberi isyarat tidak akan meluluskannya susulan ketegangan perdagangan dengan AS.
Trump, yang mengaitkan popularitinya dalam kalangan pengundi muda dengan TikTok, menegaskan bahawa beliau tidak mahu aplikasi itu “gelap” di AS.
“Saya mahu rakyat Amerika terus menggunakan TikTok dengan jaminan bahawa data mereka selamat,” katanya dalam kenyataan terdahulu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#TikTok
#hartawan
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami