Trump dakwa pengumuman vaksin Pfizer ditangguh untuk elak kemenangan

Astro Awani
November 11, 2020 00:00 MYT
Trump mendakwa, langkah FDA itu berasaskan kepentingan politik. - Gambar fail
PRESIDEN Donald Trump mendakwa Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) sengaja menangguhkan penghasilan vaksin COVID-19 bagi menghalang kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden.
Pfizer dan Bio & Tech pada Isnin mengumumkan vaksin yang dibangunkan menunjukkan 90 peratus keberkesanan, lima hari selepas hari pengundian pada 3 November.
Trump menerusi Twitter mendakwa FDA bersama Demokrat cuba mengelak Trump daripada meraih sokongan dengan perkembangan positif berhubung vaksin.
Katanya, langkah FDA itu berasaskan kepentingan politik.
Untuk rekod, Pesuruhjaya FDA dilantik Trump.
Pada masa sama, FDA pada Selasa turut meluluskan penggunaan rawatan antibodi COVID-19 oleh syarikat farmaseutikal di Amerika untuk tujuan kecemasan.
Pengumuman itu dijangka menambahkan kemarahan Trump kerana dilihat sengaja ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya.
#Donald Trump #Twitter #Amerika Syarikat #pilihan raya #presiden #COVID-19 #vaksin #pilihan raya presiden #Pfizer #FDA #tangguh #kemenangan