DUNIA
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
Trump (kanan) yang pada Ogos lalu mengadakan sidang kemuncak dengan Putin di Alaska tanpa sebarang kejayaan ketara berkata, beliau yakin Putin akan mematuhi persetujuan tersebut. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin, bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas Kyiv dan beberapa bandar Ukraine selama seminggu ketika negara itu berdepan cuaca sejuk ekstrem.
Serangan berterusan Rusia ke atas infrastruktur tenaga Ukraine sejak beberapa minggu lalu meninggalkan jutaan penduduk berdepan gangguan elektrik, pemanasan dan bekalan air pada suhu bawah beku – mencetuskan kebimbangan krisis kemanusiaan terburuk sejak perang bermula.
Dalam mesyuarat Kabinet di White House, Trump berkata, beliau secara peribadi menghubungi Putin untuk meminta Rusia menghentikan serangan sepanjang tempoh cuaca ekstrem itu.
“Disebabkan cuaca yang terlalu sejuk... saya secara peribadi meminta Presiden Putin supaya tidak menyerang Kyiv dan bandar-bandar lain selama seminggu. Dan beliau bersetuju,” kata Trump.
Trump turut menyifatkan cuaca sejuk di Ukraine sebagai “luar biasa ekstrem”, menyamai gelombang sejuk yang sedang melanda Washington.
“Mereka tidak pernah alami keadaan sedingin itu. Dan saya boleh katakan, permintaan itu dipenuhi - ia sesuatu yang baik,” katanya lagi.
Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada Kremlin mengenai dakwaan Trump itu.
Trump, yang pada Ogos lalu mengadakan sidang kemuncak dengan Putin di Alaska tanpa sebarang kejayaan ketara berkata, beliau yakin Putin akan mematuhi persetujuan tersebut.
“Ramai berkata panggilan itu satu pembaziran. Tetapi beliau bersetuju. Dan kita gembira kerana perkara terakhir yang Ukraine perlukan ketika ini ialah peluru berpandu jatuh ke bandar mereka,” tegas Trump.
Agensi cuaca Ukraine pada Khamis menjangkakan suhu boleh menjunam sehingga -30°C, ketika pihak berkuasa berkejar memulihkan bekalan tenaga yang terjejas akibat serangan roket Rusia.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Rabu turut memberi amaran mengenai potensi serangan baharu menyasarkan kemudahan tenaga negara itu.
Trump turut mendakwa, terdapat “banyak kemajuan” dalam rundingan yang ditaja AS antara Kyiv dan Moscow bagi menamatkan pencerobohan Rusia yang kini menghampiri tahun kelima.
Namun di lapangan, serangan Rusia masih berterusan.
Pada Khamis, enam orang dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah tengah dan selatan Ukraine, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan. - Agensi