awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
Pas tidak akan tanding solo PRU16, tiada niat tinggalkan PN - Bendahari Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dakwa sabitan bekas Presiden Honduras ‘perangkap’ pentadbiran Biden

Agensi
Agensi
30/11/2025
23:50 MYT
Trump dakwa sabitan bekas Presiden Honduras ‘perangkap’ pentadbiran Biden
Presiden Donald Trump mendakwa, sabitan terhadap bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez (gambar) merupakan “perangkap” yang dirancang pentadbiran Joe Biden. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa, sabitan terhadap bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez merupakan “perangkap” yang dirancang pentadbiran Joe Biden.
Dalam kenyataan pada Ahad, Trump berkata, beliau diminta oleh Honduras untuk memberikan pengampunan penuh kepada Hernandez yang dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan denda AS$8 juta oleh mahkamah AS tahun lalu atas kesalahan berkaitan pengedaran dadah.
“Jika seseorang menjual dadah di sesebuah negara, itu tidak bermakna anda tangkap Presiden dan penjarakan dia seumur hidup,” kata Trump.
“Mereka kata ini adalah perangkap Biden. Ia memang perangkap pentadbiran Biden.”
Pendakwa raya sebelum ini menuduh Hernandez bersekongkol dengan kartel dadah ketika memegang jawatan, membenarkan lebih 400 tan kokain diseludup melalui Honduras ke Amerika Syarikat.
Sebagai balasan, Hernandez didakwa menerima jutaan dolar dalam bentuk rasuah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam politik Honduras.
Pengumuman Trump dibuat ketika pentadbirannya menekankan kempen anti-pengedaran dadah di rantau Caribbean.
Sebagai sebahagian usaha itu, AS turut menamakan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro dan sekutunya sebagai anggota organisasi pengganas asing serta meningkatkan tekanan untuk menyingkirkan Maduro daripada jawatan.
Kes Hernandez dilihat mencerminkan dakwaan AS terhadap Maduro. - Agensi
Topic Berkaitan
#Presiden Honduras
#Juan Orlando Hernandez
#perangkap Joe Biden
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami