DUNIA
Trump dan Xi bincang perincian perjanjian perdagangan AS-China

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau telah berbincang dengan Presiden China Xi Jinping mengenai "beberapa perincian" dalam perjanjian perdagangan AS-China menerusi panggilan telefon pada Khamis. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau telah berbincang dengan Presiden China Xi Jinping mengenai "beberapa perincian" dalam perjanjian perdagangan AS-China menerusi panggilan telefon pada Khamis.
Ringkasan AI
- Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping berbincang melalui panggilan telefon selama 1.5 jam mengenai perincian perjanjian perdagangan AS-China.
- Delegasi rundingan perdagangan kedua-dua negara akan bertemu dalam masa terdekat, tanpa menyentuh isu Rusia, Ukraine atau Iran.
- Xi turut menjemput Trump dan Melania ke China dalam panggilan tersebut, dan jemputan itu diterima.
Kedutaan China di Washington memaklumkan bahawa panggilan itu diadakan atas permintaan pihak AS.
Trump menambah bahawa perbualan beliau bersama Xi hanya tertumpu kepada isu perdagangan dan tidak menyentuh langsung hal berkaitan Rusia, Ukraine atau Iran.
"Perbualan itu hampir sepenuhnya tertumpu kepada PERDAGANGAN. Tiada sebarang perbincangan mengenai Rusia/Ukraine atau Iran," katanya.
Trump turut memaklumkan bahawa beliau menerima jemputan Presiden Xi untuk melawat China bersama Wanita Pertama Melania Trump.
"Dalam perbualan itu, Presiden Xi dengan penuh hormat menjemput saya dan Wanita Pertama untuk melawat China, dan saya membalas jemputan itu. Sebagai Presiden dua Negara Besar, ini adalah sesuatu yang kami nantikan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami