DUNIA
Trump dan Xi bincang perincian perjanjian perdagangan AS-China
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau telah berbincang dengan Presiden China Xi Jinping mengenai "beberapa perincian" dalam perjanjian perdagangan AS-China menerusi panggilan telefon pada Khamis. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau telah berbincang dengan Presiden China Xi Jinping mengenai "beberapa perincian" dalam perjanjian perdagangan AS-China menerusi panggilan telefon pada Khamis.
Ringkasan AI
"Saya baru sahaja menamatkan panggilan telefon yang sangat baik dengan Presiden Xi dari China, membincangkan beberapa perincian dalam Perjanjian Perdagangan yang baru-baru ini dimeterai dan dipersetujui. Panggilan itu berlangsung kira-kira satu jam setengah," kata Trump menerusi platform Truth Social, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.
Trump berkata pasukan perunding China dan AS akan mengadakan pertemuan "dalam masa terdekat" di lokasi yang akan ditentukan kemudian. Delegasi AS akan diketuai oleh Wakil Perdagangan Jamieson Greer, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, dan Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick.
Kedutaan China di Washington memaklumkan bahawa panggilan itu diadakan atas permintaan pihak AS.
Trump menambah bahawa perbualan beliau bersama Xi hanya tertumpu kepada isu perdagangan dan tidak menyentuh langsung hal berkaitan Rusia, Ukraine atau Iran.
"Perbualan itu hampir sepenuhnya tertumpu kepada PERDAGANGAN. Tiada sebarang perbincangan mengenai Rusia/Ukraine atau Iran," katanya.
Trump turut memaklumkan bahawa beliau menerima jemputan Presiden Xi untuk melawat China bersama Wanita Pertama Melania Trump.
"Dalam perbualan itu, Presiden Xi dengan penuh hormat menjemput saya dan Wanita Pertama untuk melawat China, dan saya membalas jemputan itu. Sebagai Presiden dua Negara Besar, ini adalah sesuatu yang kami nantikan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping berbincang melalui panggilan telefon selama 1.5 jam mengenai perincian perjanjian perdagangan AS-China.
- Delegasi rundingan perdagangan kedua-dua negara akan bertemu dalam masa terdekat, tanpa menyentuh isu Rusia, Ukraine atau Iran.
- Xi turut menjemput Trump dan Melania ke China dalam panggilan tersebut, dan jemputan itu diterima.