Skip to main content

Dunia

Trump dedah reka bentuk pasport baharu AS

Trump dedah reka bentuk pasport baharu AS
Imej yang dikongsikan Trump memaparkan potret rasmi beliau, berlatarbelakangkan teks Deklarasi Kemerdekaan AS yang ditandatangani pada 1776, selain elemen bendera Amerika. - Gambar/ X The White House
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mendedahkan reka bentuk baharu pasport negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pasport baharu AS, yang tertulis, ‘Selamat datang, tetapi berkelakuan baik!’” tulis Trump menerusi platform Truth Social.

Imej yang dikongsikan Trump memaparkan potret rasmi beliau, berlatarbelakangkan teks Deklarasi Kemerdekaan AS yang ditandatangani pada 1776, selain elemen bendera Amerika. 

Ukiran berwarna emas itu turut dilengkapi tandatangan peribadi ketua negara berkenaan.

Paparan lain pula menampilkan ukiran berdasarkan lukisan terkenal “Declaration of Independence”, dengan tulisan “United States of America 250” di bahagian bawah.

Pada April, Jabatan Negara AS mengumumkan siri pasport edisi terhad dengan reka bentuk khas termasuk potret rasmi Trump, bagi memperingati ulang tahun ke-250 kemerdekaan Amerika.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement