DUNIA
Trump desak Fed turunkan kadar faedah, dakwa kadar tinggi bebankan rakyat

Dengan pilihan raya Presiden semakin hampir, Trump dijangka terus memberi tekanan terhadap Fed untuk melonggarkan dasar bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi menggesa Rizab Persekutuan (Fed) agar menurunkan kadar faedah, dengan menyatakan bahawa kadar semasa terlalu tinggi.
Beliau berkata AS tidak mengalami inflasi tetapi kadar faedah perlu diturunkan sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya ia tidak membebankan rakyat terutamanya yang ingin membeli rumah.
"Ketika ini kita tiada inflasi tetapi jika ia terjadi pada masa depan, kita perlu lakukan apa yang perlu dilakukan untuk menghalangnya.
“Tetapi, kita masih mengekalkan kadar faedah yang tinggi, dan ia menyusahkan rakyat untuk membeli rumah. Semua ini adalah disebabkan oleh Fed," kata Trump kepada media pada Rabu.Kenyataan Trump dibuat selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah utama pada paras 4.25 peratus hingga 4.50 peratus buat kali kelima berturut-turut dalam keputusan undian 9-2 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Dua ahli FOMC yang membantah keputusan itu merupakan lantikan Trump sendiri dan sehaluan dengannya dalam menilai bahawa dasar monetari semasa terlalu ketat.
Dalam kenyataan rasmi, Fed menyatakan kadar pengangguran kekal rendah dan pasaran buruh masih kukuh, namun inflasi kekal agak tinggi.
Fed turut mengakui bahawa pertumbuhan ekonomi telah "menurun pada separuh pertama tahun ini," memberi ruang kepada kemungkinan pemotongan kadar pada masa akan datang sekiranya trend perlahan itu berterusan.
Namun, mereka juga memberi amaran bahawa "ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi kekal tinggi" dan menambah bahawa terdapat risiko kepada matlamat inflasi dan guna tenaga penuh mereka.
Ini sekali gus menjelaskan sebab bank pusat AS masih enggan mengambil langkah drastik untuk mengurangkan kadar pinjaman buat masa ini.
Pendirian Fed yang masih berhati-hati walaupun terdapat desakan politik mencerminkan ketegangan antara dasar fiskal dan monetari di AS.
Dengan pilihan raya Presiden semakin hampir, Trump dijangka terus memberi tekanan terhadap Fed untuk melonggarkan dasar bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami