awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump desak Xi Jinping bebaskan Jimmy Lai dari penjara Hong Kong

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2025
03:40 MYT
Trump desak Xi Jinping bebaskan Jimmy Lai dari penjara Hong Kong
Trump dan Xi kali terakhir bertemu secara bersemuka pada Oktober lalu ketika kedua-duanya melawat Korea Selatan. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah secara terbuka merayu kepada Presiden China, Xi Jinping, agar membebaskan tokoh media prodemokrasi Hong Kong, Jimmy Lai, yang baru-baru ini disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara.
Dalam satu kenyataan kepada media, Trump menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan Lai yang berusia 78 tahun dan menyifatkan sabitan itu sebagai satu tamparan hebat terhadap kebebasan media di Hong Kong.
“Saya rasa sangat sedih. Saya telah bercakap dengan Presiden Xi dan meminta beliau mempertimbangkan pembebasan Jimmy Lai,” kata Trump kepada wartawan.
Jimmy Lai, pengasas akhbar pro-demokrasi Apple Daily, telah disabitkan dengan tiga pertuduhan konspirasi oleh Mahkamah Tinggi Hong Kong pada Isnin.
Pendakwa raya mendakwa beliau mengatur kempen untuk menggesa campur tangan asing terhadap China dan Hong Kong, serta menerbitkan kandungan yang dikatakan menimbulkan kebencian terhadap pihak berkuasa China.
Lai menafikan semua pertuduhan dan kini berdepan hukuman penjara seumur hidup.
Kes beliau telah menarik perhatian antarabangsa, dengan kumpulan hak asasi manusia menyifatkannya sebagai simbol kemerosotan kebebasan bersuara di wilayah itu.
Sementara itu, kerajaan Britain turut memanggil duta China ke London bagi menyatakan bantahan rasmi terhadap sabitan tersebut, memandangkan Lai juga merupakan warganegara British.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Xi Jinping
#Jimmy Lai
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan