DUNIA
Trump dijangka bertemu pemimpin 20 negara pada minggu peringkat tinggi UNGA
Trump berkata, beliau berhasrat untuk bertemu dengan pemimpin 20 negara pada minggu peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau berhasrat untuk bertemu dengan pemimpin 20 negara pada minggu peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya akan bertemu dengan ramai pemimpin di PBB. Mereka mahu berjumpa, mungkin 20," kata Presiden itu kepada pemberita.
Sesi ke-80 UNGA telah bermula pada 9 Sept lalu.
Seperti kebiasaan, minggu peringkat tinggi akan diadakan dalam rangka sesi berkenaan, dengan perbahasan umum dijadualkan pada 23 hingga 27 Sept serta pada 29 Sept.
Rusia pula akan diwakili oleh Menteri Luar, Sergey Lavrov.
-- BERNAMA