DUNIA
Trump dijangka bertemu Xi bagi perbincangan di Korea Selatan - Bessent
Trump akan bertemu Jinping di Korea Selatan bagi mengadakan perbincangan.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan bertemu Presiden China Xi Jinping di Korea Selatan bagi mengadakan perbincangan, kata Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent pada Isnin.
Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Trump mengancam untuk membatalkan pertemuan susulan tindakan China mengenakan kawalan eksport terhadap logam nadir bumi.
Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Bessent membuat kenyataan itu dalam temu bual bersama Fox Business, ketika Trump merancang untuk melawat Korea Selatan hujung bulan ini.
Korea Selatan dijadual menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di bandar tenggara Gyeongju dari 31 Okt hingga 1 Nov.
"Beliau akan bertemu dengan Xi di Korea. Saya percaya pertemuan itu masih akan diteruskan.
"Terdapat komunikasi yang ketara sepanjang hujung minggu, berbeza dengan sebelum ini apabila pihak China tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan kami," kata Bessent.
Pada Jumaat lalu, Trump menyatakan tiada sebab untuk mengadakan pertemuan dengan Xi sambil mengkritik Beijing kerana mengambil "pendirian perdagangan yang amat agresif."
Namun kemudian pada hari yang sama, Trump menukar nadanya dengan menyatakan bahawa beliau akan berada di Korea Selatan "walau apa pun," dan menjangkakan pertemuan antara kedua-dua pemimpin.
Trump membantah langkah kawalan eksport China kerana AS amat sensitif terhadap sekatan Beijing ke atas logam nadir bumi -- bahan penting dalam pembuatan peranti elektronik, sistem senjata dan pelbagai produk teknologi pengguna lain.
-- BERNAMA