DUNIA

Trump dijangka umum calon pengerusi Fed yang baharu awal 2026

Bernama 03/12/2025 | 09:20 MYT
Trump baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau telah membuat keputusan mengenai pencalonan itu. - Gambar/ Reuters
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa bahawa beliau akan mengumumkan pilihannya bagi pengerusi baharu Rizab Persekutuan (Federal Reserve) pada awal 2026, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan mengumumkan pilihannya bagi pengerusi baru Rizab Persekutuan pada awal 2026, menyusul kenyataan beliau semasa mesyuarat kabinet di Rumah Putih.
  • Pengarah Majlis Ekonomi Nasional, Kevin Hassett, dilihat sebagai calon utama untuk menggantikan Pengerusi Fed, Jerome Powell, yang tempoh perkhidmatannya akan tamat pada Mei tahun depan.
  • Trump sejak kembali ke Rumah Putih telah mengkritik Powell kerana didakwa terlalu perlahan menurunkan kadar faedah, dan turut mengancam untuk memecatnya.


"Kami akan mengumumkan seseorang, mungkin awal tahun depan, untuk jawatan pengerusi baharu Fed," kata Trump pada mesyuarat kabinet di Rumah Putih.

Trump baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau telah membuat keputusan mengenai pencalonan itu.

Pengarah Majlis Ekonomi Nasional Kevin Hassett, dilihat sebagai calon paling berpotensi untuk menggantikan Pengerusi Fed Jerome Powell apabila tempoh perkhidmatannya tamat Mei depan.

Sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari lepas, Trump berulang kali mengkritik Powell kerana didakwa terlalu perlahan menurunkan kadar faedah dan turut mengancam untuk memecatnya.

--BERNAMA-XINHUA







#Donald Trump #pengerusi baharu Rizab Persekutuan #Federal Reserve #Amerika Syarikat