awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2024
00:50 MYT
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Majalah tersebut pernah memberikan gelaran sama kepada Trump pada 2016 selepas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden. - Foto AP
NEW YORK: Majalah Time menobatkan Presiden Pilihan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebagai 'Person of the Year' kerana kesannya yang ketara terhadap politik dan peranan negara itu di peringkat global.
Ketua Editor Time, Sam Jacobs, menyatakan Trump dipilih kerana memacu kebangkitan luar biasa, membawa perubahan politik jarang berlaku, mengubah institusi presiden dan mempengaruhi peranan AS di Dunia.
Majalah tersebut pernah memberikan gelaran sama kepada Trump pada 2016 selepas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden.
Pada tahun 2020, gelaran itu diberikan kepada Joe Biden dan Kamala Harris, manakala tahun lalu bintang pop Taylor Swift menerima pengiktirafan serupa.
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Dalam wawancara itu, Trump mengkritik penggunaan peluru berpandu oleh Ukraine terhadap Rusia.
Beliau juga menyatakan akan berbincang dengan Robert F. Kennedy Jr Mengenai penamatan program vaksinasi kanak-kanak dan menyemak semula beberapa vaksin.
Sebagai memperingati gelaran tersebut, Trump membunyikan loceng pembukaan di Bursa Saham New York.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Time magazine
#Person of the Year
#Sam Jacobs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan