awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini

Agensi
Agensi
09/04/2024
03:00 MYT
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Hakim Mahkamah Rayuan New York pada Isnin menolak permohonan Donald Trump untuk menangguhkan perbicaraan jenayah berkaitan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah pada 15 April ini. - Gambar fail
NEW YORK: Hakim Mahkamah Rayuan New York pada Isnin menolak permohonan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menangguhkan perbicaraan jenayah berkaitan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah pada 15 April ini.
Permohonan dikemukakan Trump, seminggu sebelum pemilihan juri dibuat.
Peguam Trump memohon penangguhan atas alasan mahu lokasi perbicaraan ditukar, kerana lokasi ketika ini merupakan kawasan Demokrat.
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan ke atas Trump berkaitan satu daripada empat tuduhan jenayahnya akan bermula 15 April depan.
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran ‘menutup mulut’ kepada seorang bintang filem lucah.
Trump, 77, berdepan tuduhan penipuan akibat daripada pembayaran yang dibuat kepada Stormy Daniels sebelum Pilihan Raya Presiden pada tahun 2016.
Beliau sebelum ini mengaku tidak bersalah ke atas semua 34 pertuduhan.
Trump mendakwa tuduhan itu tidak mewakili perbuatan jenayah.
Pasukan peguamnya sebelum ini sudah cuba menangguhkan perbicaraannya selama mungkin, namun ditolak hakim.
Trump dalam pada itu sifatkan perbicaraan ke atasnya sebagai campur tangan pilihan raya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#kes mahkamah Trump
#bintang filem lucah
#Hakim Mahkamah Rayuan New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan