DUNIA
  
            Trump gantung pembiayaan AS kepada PBB sehingga pembaharuan dilaksanakan - Duta
Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat. - REUTERS
            
      WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung pembiayaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga pembaharuan dilaksanakan dalam organisasi itu, kata Duta AS ke PBB, Mike Waltz.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini 
"Presiden telah menggantung pembiayaan Amerika... Kita menahan dana ini sehingga pembaharuan dapat dilihat," kata Waltz kepada portal berita Breitbart, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut Waltz, tiada presiden AS lain pada abad ke-21 yang pernah berbuat demikian. Beliau menegaskan bahawa PBB sudah mengurangkan bajetnya sebanyak 15 peratus.
"Kita juga telah memotong 18 peratus daripada jumlah kakitangan mereka serta 25 peratus daripada pasukan pengaman global.
"Setiausaha Agung PBB mengemukakan pelan pembaharuan dinamakan UN80--sempena ulang tahun ke-80 PBB--bagi menyatukan beberapa agensi yang dianggap tidak terkawal.
"Beliau akan mengurangkan kos pentadbiran yang membazir. Kita memberi PBB pendekatan 'tough love' demi menyelamatkan organisasi itu daripada kelemahannya sendiri dan memacu perubahan.
"Presiden tahu bagaimana menggunakan pengaruh itu dan tugas saya ialah memastikan PBB melaksanakannya," katanya.
Pada 2 Mei lalu, dalam draf bajet bagi tahun fiskal 2026, Trump mencadangkan supaya pembiayaan untuk operasi pengaman PBB dihentikan, dengan alasan ia tidak berkesan dan membebankan AS.
Beliau turut mencadangkan supaya kebanyakan sumbangan wajib dan semua sumbangan sukarela kepada badan-badan PBB termasuk WHO, UNESCO serta bajet tetap organisasi itu digantung.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
              
            
 
    
            
            
  Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung pembiayaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga pembaharuan dilaksanakan, kata Duta AS ke PBB, Mike Waltz.
 - Tindakan Trump ini termasuk menahan dana, memotong kakitangan dan pasukan pengaman PBB, serta menolak draf bajet bagi tahun fiskal 2026 yang mencadangkan penghentian pembiayaan untuk operasi pengaman PBB.
 - Langkah Trump bertujuan untuk memaksa PBB melakukan pembaharuan, dengan Setiausaha Agung PBB mencadangkan pelan UN80 bagi menyatukan agensi yang tidak terkawal dan mengurangkan kos pentadbiran.
 
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
"Presiden telah menggantung pembiayaan Amerika... Kita menahan dana ini sehingga pembaharuan dapat dilihat," kata Waltz kepada portal berita Breitbart, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut Waltz, tiada presiden AS lain pada abad ke-21 yang pernah berbuat demikian. Beliau menegaskan bahawa PBB sudah mengurangkan bajetnya sebanyak 15 peratus.
"Kita juga telah memotong 18 peratus daripada jumlah kakitangan mereka serta 25 peratus daripada pasukan pengaman global.
"Setiausaha Agung PBB mengemukakan pelan pembaharuan dinamakan UN80--sempena ulang tahun ke-80 PBB--bagi menyatukan beberapa agensi yang dianggap tidak terkawal.
"Beliau akan mengurangkan kos pentadbiran yang membazir. Kita memberi PBB pendekatan 'tough love' demi menyelamatkan organisasi itu daripada kelemahannya sendiri dan memacu perubahan.
"Presiden tahu bagaimana menggunakan pengaruh itu dan tugas saya ialah memastikan PBB melaksanakannya," katanya.
Pada 2 Mei lalu, dalam draf bajet bagi tahun fiskal 2026, Trump mencadangkan supaya pembiayaan untuk operasi pengaman PBB dihentikan, dengan alasan ia tidak berkesan dan membebankan AS.
Beliau turut mencadangkan supaya kebanyakan sumbangan wajib dan semua sumbangan sukarela kepada badan-badan PBB termasuk WHO, UNESCO serta bajet tetap organisasi itu digantung.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan Presiden AS, Donald Trump, terhadap pembiayaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan kenyataan Duta AS ke PBB, Mike Waltz?
A: Donald Trump menggantung pembiayaan kepada PBB sehingga pembaharuan dilaksanakan, menurut Mike Waltz. - Q: Apakah sebab utama yang dikemukakan oleh Trump untuk menghentikan pembiayaan kepada operasi pengaman PBB?
A: Trump menyatakan bahawa operasi pengaman PBB dianggap tidak berkesan dan membebankan Amerika Syarikat. - Q: Apakah cadangan Trump dalam draf bajet bagi tahun fiskal 2026 berkaitan dengan pembiayaan kepada badan-badan PBB?
A: Trump mencadangkan agar pembiayaan untuk operasi pengaman PBB dihentikan, termasuk menggantung sumbangan wajib dan sukarela kepada badan-badan PBB seperti WHO, UNESCO, serta bajet tetap organisasi itu.