DUNIA
Trump gesa George Soros, anak didakwa atas pertuduhan rasuah
Soros (kiri) dianggap 'musuh' oleh Trump dan penyokong konservatifnya.
WASHINGTON: Donald Trump menggesa jutawan kewangan dan penderma utama Parti Demokrat, George Soros, bersama anaknya didakwa mengikut Akta Pengaruh Pemerasan dan Organisasi Rasuah (RICO).
Presiden Amerika Syarikat (AS) itu bagaimanapun, tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan itu.
Trump dilaporkan giat melancarkan kempen ugutan serta tindakan undang-undang terhadap lawan politik, organisasi media dan firma guaman, dengan menggunakan kombinasi kuasa eksekutif, litigasi serta pengaruhnya.
Penyokong-penyokong Trump menyifatkannya sebagai usaha menegakkan akauntabiliti, manakala pengkritik menyifatkannya sebagai serangan ke atas kebebasan bersuara.
Soros, 95, dianggap 'musuh' oleh Trump dan penyokong konservatifnya.
Yayasan Open Society milik Soros merupakan antara penyumbang terbesar dunia dalam bidang hak asasi manusia, ketelusan kerajaan, kesihatan awam dan pendidikan.
"George Soros dan anaknya yang hebat berhaluan radikal kiri patut dituduh mengikut Akta Pengaruh Pemerasan dan Organisasi Rasuah (RICO) kerana sokongan mereka terhadap protes ganas dan banyak lagi," kata Trump di platform Truth Social miliknya.
Bagaimanapun, jurucakap Open Society Foundations menolak tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.
“Tuduhan ini keterlaluan dan palsu. Open Society Foundations tidak menyokong atau membiayai protes ganas. Misi kami adalah memperjuangkan hak asasi, keadilan dan prinsip demokratik di dalam serta luar negara,” katanya.
Dalam masa sama, Trump turut menggesa siasatan ke atas bekas Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton yang kini menjadi pengkritik lantang selepas meninggalkan White House.
Menurut sumber, kediaman Bolton baru-baru ini digeledah ejen FBI sebagai sebahagian siasatan keselamatan negara.
Trump juga menghidupkan semula serangan terhadap bekas sekutu lain, termasuk mencadangkan pendakwa raya membuka semula kes “Bridgegate” tahun 2013 yang melibatkan bekas Gabenor New Jersey, Chris Christie, kini salah seorang pengkritik terkuatnya. - Agensi