DUNIA

Trump gesa perketat saringan pemilikan senjata api

Agensi 05/08/2019 | 22:00 MYT
Trump menggesa saringan pemilikan senjata api di negara itu diperketat susulan dua insiden tembakan rambang yang meragut 31 nyawa dalam tempoh 24 jam. -Reuters
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa saringan pemilikan senjata api di negara itu diperketat susulan dua insiden tembakan rambang yang meragut 31 nyawa dalam tempoh 24 jam.

Beliau pada masa sama mahu ia dilaksanakan serentak dengan reformasi imigresen yang menurutnya "satu keperluan yang mendesak."

Trump berkata demikian menerusi perkongsian terbaharu di akaun Twitter rasminya pada Isnin.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Trump, dalam perkongsian berasingan menerusi Twitter, turut menyalahkan media dalam melaporkan berita palsu sehingga memupuk kemarahan dan keganasan susulan dua kes tembakan yang meragut 31 nyawa di negara itu.

Jelasnya, media bertanggungjawab mengawal kehidupan dan keselamatan di Amerika Syarikat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, dua kes tembakan dilaporkan di El Paso dan Dayton dalam masa kurang 24 jam menyebabkan puluhan mangsa maut dan cedera.

BACA: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam insiden tembakan rambang di El Paso

BACA: Sembilan maut dalam tragedi tembakan besar-besaran kedua di Amerika Syarikat hari ini


Suspek di El Paso, Patrick Crusius, dipercayai seorang pelampau kulit putih dan polis menyiasat serangan itu sebagai tindakan keganasan domestik.


#Dayton #Donald Trump #El Paso #Imigresen #senjata api #undang-undang