Skip to main content

Dunia

Trump hadiri mesyuarat tertutup susulan ketegangan dengan Iran

U.S. President Donald Trump looks on the day he signs an executive order on vehicle repairs in the Oval Office at the White House in Washington, D.C., U.S., June 29, 2026. REUTERS/Aaron Schwartz
Mesyuarat itu dijadual berlangsung pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (5.30 petang GMT) di Pejabat Oval. - Gambar/ Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual menghadiri mesyuarat dasar secara tertutup pada Jumaat ketika ketegangan dengan Iran semakin memuncak, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik jadual beliau yang dikeluarkan Rumah Putih.

Mesyuarat itu dijadual berlangsung pada 1.30 tengah hari waktu tempatan (5.30 petang GMT) di Pejabat Oval.

Pada 3 petang (7 malam GMT), Trump akan menghadiri upacara angkat sumpah utusan khas bagi melindungi kepentingan pemilik tanah AS.

Tiada acara rasmi dijadualkan untuk Trump sepanjang hujung minggu.

CNN memetik sumber melaporkan bahawa angkatan tentera AS menghentikan sementara serangan ke atas Iran ketika rundingan masih berlangsung, namun kekal bersedia menyambung semula serangan jika perlu.

Pada malam Khamis, media Iran melaporkan letupan kedengaran di Bushehr, Konarak dan Choghadak.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement