DUNIA
Trump ikrar balas serangan selepas tiga warga AS terbunuh dalam serangan Daesh di Syria
Trump menegaskan anggota tentera yang cedera kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut. - Foto fail/REUTERS
DAMSYIK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikrar akan melancarkan tindakan balas yang “amat serius” terhadap kumpulan Daesh susulan serangan maut di Syria tengah yang mengorbankan tiga warganegara AS.
Ringkasan AI
Menurut laporan, serangan hendap yang berlaku berhampiran Palmyra di wilayah Homs itu mengorbankan dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam.
Tiga lagi anggota tentera AS serta sekurang-kurangnya dua askar Syria turut cedera dalam kejadian tersebut.
Dalam kenyataan di media sosial, Trump menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan keganasan terhadap kedua-dua AS dan Syria.
Beliau turut memaklumkan bahawa anggota tentera yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.
“Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, sangat marah dan terganggu dengan serangan ini. Akan ada tindakan balas yang sangat serius,” kata Trump dalam kenyataan tersebut.
Serangan ini merupakan insiden pertama seumpamanya sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad setahun lalu.
Ia berlaku ketika pasukan tentera AS menjalankan misi pertemuan dengan pemimpin tempatan di kawasan yang masih belum sepenuhnya dikawal oleh pasukan gabungan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Daesh berhubung serangan tersebut.
Namun, pihak tentera AS dan kerajaan Syria sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang sebenar dan memastikan keselamatan pasukan mereka di rantau itu.
Ringkasan AI
- Donald Trump berikrar akan melancarkan tindakan balas yang "amat serius" terhadap kumpulan Daesh susulan serangan maut di Syria tengah.
- Serangan hendap berhampiran Palmyra, Homs, mengorbankan dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam, sementara tiga anggota tentera AS serta sekurang-kurangnya dua askar Syria cedera.
- Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, marah dengan serangan tersebut; Trump menegaskan anggota tentera yang cedera kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.