[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Trump jadi datuk untuk kali ke-11

Bernama 16/05/2025 | 03:40 MYT
Gambar fail Presiden Trump dan isterinya, Melania Trump yang dirakamkan di pekarangan White House, Washington pada 21 April 2025. Pada Khamis, Trump menimang cucu ke-11. - Gambar Reuters
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menjadi datuk buat kali ke-11 susulan kelahiran bayi lelaki kepada anak perempuannya, Tiffany Trump, lapor agensi berita TASS.
"Selamat datang ke dunia, putera kecil kami, Alexander Trump Boulos. Kami menyayangimu lebih daripada kata-kata! Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami!" tulis Tiffany di platform X.
Beliau turut mendedahkan, bayi itu dilahirkan pada 15 Mei 2025.
-- BERNAMA
#Donald Trump #Trump jadi datuk #Trump timang cucu #Alexander Trump Boulos #Presiden Amerika Syarikat