DUNIA
Trump janji bantuan keselamatan AS untuk Ukraine dalam rundingan damai
Trump, Zelenskyy dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron bergambar bersama sempena pertemuan dengan pemimpin Eropah. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi jaminan bahawa Washington akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan Ukraine sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian damai untuk menamatkan perang dengan Rusia.
Ringkasan AI
Kenyataan itu dibuat semasa pertemuan tergempar beliau bersama Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, di White House pada Isnin.
Trump berkata, negara-negara Eropah akan turut memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan Ukraine, namun AS akan “membantu mereka”.
Beliau turut mencadangkan bahawa rundingan damai boleh diteruskan walaupun tanpa gencatan senjata rasmi - satu pendirian yang selari dengan pandangan Presiden Rusia, Vladimir Putin, tetapi ditolak oleh Zelenskyy dan kebanyakan pemimpin Eropah.
Zelenskyy menyambut baik sokongan AS dan menyifatkan pertemuan satu lawan satu dengan Trump sebagai “sangat baik”.
Beliau menegaskan bahawa jaminan keselamatan daripada AS adalah “isyarat yang sangat kuat” dan penting untuk masa depan Ukraine.
Pertemuan itu turut disertai oleh pemimpin Britain, Jerman, Perancis, Itali, Finland, Kesatuan Eropah dan NATO yang hadir ke Washington bagi menunjukkan solidariti terhadap Ukraine dan mendesak jaminan keselamatan kukuh dalam sebarang penyelesaian pasca-perang.
Trump sekali lagi mencadangkan sidang kemuncak tiga hala antara beliau, Zelenskyy dan Putin untuk merintis perjanjian damai.
Zelenskyy menyatakan kesediaan untuk menyertai, namun Putin masih belum memberi komitmen rasmi.
Walaupun Trump menekankan keinginan untuk menamatkan perang yang telah meragut lebih sejuta nyawa, Kyiv dan sekutunya bimbang beliau mungkin memaksa perjanjian yang memihak kepada Rusia.
Ini susulan layanan mesra Trump terhadap Putin dalam pertemuan di Alaska minggu lalu, walaupun pemimpin Rusia itu berdepan tuduhan jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump beri jaminan keselamatan kepada Ukraine dalam sebarang perjanjian damai, disokong negara Eropah.
- Trump cadang rundingan diteruskan tanpa gencatan senjata rasmi - pendirian selari dengan Putin tetapi ditolak oleh Zelenskyy dan pemimpin Eropah.
- Kyiv dan sekutu bimbang pendekatan Trump mungkin berat sebelah kepada Rusia susulan layanan mesra terhadap Putin walaupun berdepan tuduhan jenayah perang.